Tag: kedah
-
Sukarelawan bantu pindah pesakit obesiti 200kg ke hospital
SEORANG pesakit obesiti dengan berat badan melebihi 200 kilogram (kg) dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Kedah semalam untuk mendapatkan rawatan selepas mengalami masalah kesihatan, selain sukar bergerak. Mohd Irfan Abdul Wafti, 37, dibantu pasukan Briged Sukarelawan Yayasan Jariah Malaysia (BSYJM) menggunakan peralatan khas, tilam serta ambulans dari rumahnya di Taman Sofea, Jalan Kuala Kedah…
-
Guru madrasah, pelajar didenda RM1,500 ceroboh hutan simpan
SEORANG guru di sebuah madrasah bersama pelajarnya masing-masing didenda RM1,500 oleh Mahkamah Sesyen di Sungai Petani atas kesalahan menceroboh Hutan Simpan Kekal Rimba Teloi, Sik, Kedah tahun lalu. Mahkamah memerintahkan tertuduh, Ismail Taib, 69, dan Kairulanuar Zulkifili, 34, dipenjara selama enam bulan jika gagal membayar denda itu. Hakim Najwa Che Mat membuat keputusan itu selepas…
-
15 direman kemuka dokumen palsu tender pembersihan
SERAMAI 15 individu termasuk seorang wanita direman bagi membantu siasatan kes mengemukakan penyata akaun bank milik beberapa syarikat mengandungi butiran palsu pada 2018 dan 2019. Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Siti Norhidayah Mohd Noor selepas membenarkan permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini. Mereka yang berusia 31 hingga 68 tahun direman selama tiga…
-
Penduduk Kota Kuala Muda waspada fenomena air pasang besar
PENDUDUK berdekatan pantai di Kota Kuala Muda, Kedah berada dalam keadaan berwaspada dan membuat persediaan bagi menghadapi fenomena air pasang besar dan diramal berlaku sehingga Rabu ini. Tinjauan Bernama di beberapa kampung di situ mendapati rata-rata penduduk peka dan mengambil serius amaran yang dikeluarkan Bahagian Pengurusan Zon Pantai, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia itu. Penduduk Kampung Hujung Matang,…
-
Jenayah komersial meningkat sepanjang PKP, kerugian lebih RM11 juta
KES penipuan membabitkan jenayah komersial di Kedah meningkat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020 dan 2021 yang menyebabkan kerugian lebih RM11 juta. Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, peningkatan kes terutama membabitkan jenayah penipuan yang mencatatkan sebanyak 1,881 kes pada 2021 berbanding 1,125 kes pada 2020. Daripada jumlah itu, 90 peratus…
-
‘Geng Man Muncung’ ditahan termasuk pelajar 14 tahun
POLIS Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan ‘Geng Man Muncung’ yang disyaki terlibat dengan 10 kes pecah kedai di sekitar daerah Kubang Pasu, selepas empat lelaki termasuk pelajar sekolah berusia 14 tahun ditahan secara berasingan, Khamis lepas. Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata kesemua suspek ditahan tidak sampai 24 jam, selepas dipercayai memecah masuk kedai runcit dan melarikan…
-
162 guru belum vaksin di Kedah, dilarang bersemuka dengan pelajar
KESEMUA 162 guru atau 0.1 peratus daripada 30,000 guru sekolah rendah dan menengah di Kedah, yang dilaporkan masih belum menerima suntikan vaksin COVID-19 setakat hari ini, tidak dibenarkan bersemuka secara terus dengan pelajar. Bagaimanapun Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia negeri Datuk Najmi Ahmad berkata guru yang masih belum divaksin itu, masih perlu hadir ke sekolah tetapi diletakkan di tempat berasingan sebagai…
-
40 ahli kongsi gelap ditahan
POLIS menahan 40 individu dipercayai ahli kongsi gelap ketika menyertai majlis pengenalan dan pendaftaran ahli baru di sebuah restoran mewah di Seberang Jaya, Pulau Pinang. Serbuan dilakukan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang bersama Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Seberang Perai Tengah pada…
-
Mangsa banjir di Kedah terus meningkat
MANGSA banjir di Kedah menunjukkan sedikit peningkatan apabila angka itu bertambah kepada 95 orang daripada 26 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 92 orang daripada 25 keluarga pada pagi semalam. Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mohd Muaz Mohd Yusof berkata kesemua mereka itu berada di tiga pusat pemindahan sementara…
-
251,012 murid di Kedah mulakan persekolahan bersemuka hari ini
SEJUMLAH 251,012 murid dan pelajar dari 752 sekolah rendah dan menengah di Kedah hari ini memulakan hari pertama persekolahan secara bersemuka dengan penggiliran selepas negeri ini beralih ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN). Pengarah Pendidikan Kedah Rozaini Ahmad berkata daripada jumlah itu, seramai 154,214 murid adalah tahun satu hingga enam manakala 96,798 orang lagi merupakan…