Tag: kedah

  • Bas ‘masuk’ parit, 28 penumpang selamat

    Bas ‘masuk’ parit, 28 penumpang selamat

    SEBUAH bas persiaran yang membawa 28 penumpang terbabas ke dalam parit di KM60 Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan di Pendang, Kedah. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Kedah, Mohamad Ehsan Mohd Zain, berkata bas itu dipercayai dari Hatyai, Thailand, menghala ke Kampar, Perak, membawa 28 penumpang. Katanya, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada 3.25 petang semalam.…

  • MADA aktifkan Pelan Persediaan Banjir hadapi fenomena La Nina

    MADA aktifkan Pelan Persediaan Banjir hadapi fenomena La Nina

    LEMBAGA Kemajuan Pertanian Muda (MADA) mengaktifkan Pelan Persediaan Banjir Kawasan Muda bagi menghadapi fenomena La Nina yang dijangkakan berlaku hujung tahun ini. Pengerusinya Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata pihaknya akan menguruskan lebihan air hujan mengikut Tatacara Pengendalian Piawai (SOP) yang telah ditetapkan demi kepentingan awam serta penanaman padi di kawasan itu. “Ramalan menunjukkan pada September 2022…

  • Pas boleh pertahan Kedah bersama PN walaupun UMNO tak sudi

    Pas boleh pertahan Kedah bersama PN walaupun UMNO tak sudi

    Oleh BADLISHAH MAT PADA Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), Kedah antara negeri yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) tumbang dan terlepas kuasa memerintah kepada Pakatan Harapan (PH) selama lebih dua tahun. Sepanjang tempoh itu, Pas Kedah berada di blok pembangkang bersama UMNO yang hanya memiliki dua kerusi. Menteri Besar Kedah ketika ini, Datuk Seri Muhammad Sanusi…

  • Larikan bayi kerana terlalu comel, gadis 14 tahun antara 5 ditahan

    Larikan bayi kerana terlalu comel, gadis 14 tahun antara 5 ditahan

    SEORANG remaja perempuan antara lima individu ditahan dalam kes seorang bayi dilarikan dari sebuah pangsapuri di Bukit Tengah, Pulau Pinang, kelmarin. Ketua Polis Seberang Perai Tengah, Tan Cheng San, berkata lima suspek berusia 14 hingga 43 tahun itu ditahan di dua lokasi di Bukit Mertajam dan Kedah, selepas ibu mangsa berusia 24 tahun membuat laporan.…

  • Desak PRU segera hanya kemahuan nafsu orang politik

    Desak PRU segera hanya kemahuan nafsu orang politik

    TINDAKAN pihak tertentu yang mendesak agar Pilihan Raya Umum ke-15 disegerakan hanyalah disebabkan oleh kemahuan nafsu orang politik semata-mata. Menurut Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Awang Hashim, tindakan sedemikan tidak seharusnya dilakukan ketika tumpuan wajar diberi kepada perkara melibatkan kepentingan rakyat bagi berdepan cabaran pasca pandemik. Ketika ini katanya, semua pihak berdepan tanggungjawab membina negara…

  • Penganjur Kedah Fashion Week diminta beri penjelasan

    Penganjur Kedah Fashion Week diminta beri penjelasan

    PENGANJUR Minggu Fesyen Kedah atau Kedah Fashion Week 2022 (KFW22) akan dikenakan tindakan termasuk dipanggil untuk memberi penjelasan selepas seorang model tampil menggayakan pakaian mencolok mata pada acara tersebut. Exco Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata, tindakan tegas akan dikenakan terhadap penganjur sekiranya mereka didapati melanggar peraturan ditetapkan. Menurutnya, semakan…

  • Bot karam: Enam pemancing selamat selepas 16 jam terapung di laut

    Bot karam: Enam pemancing selamat selepas 16 jam terapung di laut

    ENAM pemancing berhadapan detik cemas apabila terapung hampir 16 jam di laut, selepas bot yang dinaiki mereka karam di kedudukan 8.2 batu nautika tenggara Pulau Timun dekat Langkawi, semalam. Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Kedah dan Perlis Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu, daripada seorang nelayan pada…

  • Tiada kolam Musang King di Gunung Inas pecah – Sanusi

    Tiada kolam Musang King di Gunung Inas pecah – Sanusi

    MENTERI Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menegaskan, tiada satu pun kolam yang dibina di Gunung Inas bagi kegunaan ladang Musang King, pecah hingga mengakibatkan kejadian banjir serta aliran puing di Kupang, Baling pada 4 Julai lalu. Menurutnya, pakar-pakar yang mengemukakan laporan kepada agensi diketuai Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) juga turut mengesahkan…

  • Mangsa ketiga tragedi kepala air ditemui

    Mangsa ketiga tragedi kepala air ditemui

    MAYAT terakhir kejadian banjir dan kepala air di Kampung Iboi, Kupang, Baling, Kedah, berjaya ditemui pasukan penyelamat pada jam 11.55 pagi tadi. Mayat mangsa, Khairul Ikhwan Nor Azman, 14, ditemui dalam keadaan baik dan tiada kesan kecederaan. Memetik laporan BH Online, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saidon berkata, mayat mangsa ketiga…

  • Banjir Baling: Mayat wanita hamil, ibu mentua ditemui berpelukan

    Banjir Baling: Mayat wanita hamil, ibu mentua ditemui berpelukan

    JASAD wanita hamil dan ibu mentuanya yang dihanyutkan arus kepala air di rumah mereka di Kampung Iboi, Baling ditemui dalam keadaan berpelukan kira-kira 100 meter dari lokasi rumah mereka runtuh. Mayat Nurul Anis Abu Hassan, 28, yang hamil empat bulan ditemui bersama ibu mentuanya, Salmah Mat Akib, 53, jam 9.30 pagi di bawah timbunan batang…