Tag: kedah
-
Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 546 orang
JUMLAH mangsa banjir di Kedah terus meningkat kepada 546 orang, membabitkan 160 keluarga yang dipindahkan ke 10 Pusat Pemindahan Banjir (PPS) di empat daerah iaitu Pendang, Kota Setar, Baling dan Pokok Sena setakat jam 8 pagi ini. PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Langgar di Kota Setar menunjukkan pertambahan seramai 46 mangsa daripada 11 keluarga dipindahkan,…
-
Isu tunggakan cukai KFA: Kedah akan bincang dengan LHDN
KERAJAAN Negeri Kedah akan mengadakan pertemuan dengan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi membincangkan isu tunggakan cukai Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) yang kini meningkat kepada RM10 juta. Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata beliau difahamkan pertemuan itu diatur oleh Setiausaha Kerajaan Negeri dan mungkin berlangsung dalam tempoh terdekat. “Saya dapat maklum balas tak…
-
Banjir: 234 penduduk dipindahkan ke 7 PPS di Kedah
SERAMAI 234 penduduk membabitkan 80 keluarga dipindahkan ke tujuh Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kedah apabila kediaman mereka ditenggelami banjir sejak malam tadi. Hujan berterusan sejak Khamis lalu menyebabkan rumah penduduk dinaiki air hingga paras satu meter. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Baling, Kapten (PA) Rasidah Kassim, berkata, sebanyak lima mukim dilanda banjir membabitkan Mukim…
-
Kanak-kanak 3 tahun kes positif pertama pelancong di Langkawi
SEORANG kanak-kanak berusia tiga tahun menjadi individu pertama disahkan positif COVID-19, membabitkan pelancong yang berkunjung ke Langkawi, selepas dibuka bagi projek rintis gelembung pelancongan, bermula 16 September lalu. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah, Dr Othman Warijo berkata, hasil siasatan mendapati kanak-kanak itu bersama ibu dan bapanya tiba di Langkawi sekitar jam 7.30 malam, 24…
-
Mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 244 orang
JUMLAHG mangsa banjir di Kedah yang melibatkan daerah Sik dan Baling meningkat kepada 244 orang daripada 85 keluarga setakat jam 5 petang ini, berbanding 210 orang daripada 66 keluarga pada pagi tadi. Ketua Bahagian Operasi Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Kapten (PA) Saifuddin Abdullah berkata, sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) di Baling dibuka…
-
Sindiket edar syabu tumpas, polis rampas dadah RM2.18 juta
POLIS Kedah berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah dan merampas 54.7205 kilogram (kg) syabu yang dianggarkan bernilai lebih RM2.18 juta, dalam serbuan di Bandar Amanjaya dekat sini, Isnin lepas. Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata dalam serbuan tersebut, empat suspek berjaya ditahan termasuk tiga sekeluarga, masing-masing berusia 30 hingga 70 tahun. “Pada 8.10 pagi, 27…
-
Tunggakan cukai KFA kini RM10 juta
PERSIDANGAN Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari ini diberitahu jumlah tunggakan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) kini meningkat kepada RM10 juta. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni dan Budaya, Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Mohd Firdaus Ahmad berkata jumlah itu diperolehi selepas LHDN menyemak semula dokumen berkaitan penggajian dari…
-
RM13 juta wang MBI dipindah ke Kanada ketika era Mukhriz?
MENTERI Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor mendedahkan berlaku pemindahan wang milik Menteri Besar Incorporated (MBI) Kedah berjumlah RM13 juta ke satu akaun di luar negara, ketika era pentadbiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Ketika itu, Mukhriz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra memegang jawatan Menteri Besar Kedah dan pemindahan wang itu dibuat ke…
-
Pulau Pinang tidak sepatutnya tegur, masuk campur pentadbiran Kedah
SIDANG Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari ini, ‘hangat’ apabila Menteri Besar, Muhamad Sanusi Md Nor mengingatkan bahawa Pulau Pinang adalah negeri yang dipajak dari Kedah. Sanusi (PAS-Jeneri) berkata, beliau faham mengenai kebimbangan Pulau Pinang terhadap beberapa projek mega diumumkan Kedah, yang didakwa bakal memberi saingan kepada negeri jiran itu. Tegasnya, sejarah bahawa Pulau Pinang…
-
Ibu maut, tiga ahli keluarga tercampak dari kereta
SEORANG Ibu kepada empat anak maut selepas kereta dinaiki bersama suami, anak bongsu serta ibunya terbabas dalam kejadian di Sik, Kedah. Dalam kejadian jam 3 petang semalam, Siti Fatimah Md Noor, 30, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan dalaman manakala suami yang juga pemandu kereta, Mohd Zamani Md Saad, 35, bayi berusia lapan bulan…