Tag: KDN

  • Keselamatan siber kekal sebagai isu diberi perhatian utama 

    Keselamatan siber kekal sebagai isu diberi perhatian utama 

    KESELAMATAN siber kekal sebagai antara isu yang menjadi perhatian utama Malaysia susulan peningkatan mendadak kes yang dilaporkan di negara ini. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, jumlah kes yang direkodkan berkaitan buli siber, pemalsuan, pencerobohan, memancing data dan penipuan e-mel meningkat hampir sekali ganda. Beliau berkata, pada 2019, kira-kira 13,000 kes jenayah siber…

  • Pelan induk kawalan sempadan negara dibentang kepada kabinet: Hamzah

    Pelan induk kawalan sempadan negara dibentang kepada kabinet: Hamzah

    KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) akan menghasilkan satu pelan induk yang komprehensif berkaitan strategi pertahanan dan keselamatan negara untuk dibentangkan di kabinet. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pelan induk itu hasil kolaborasi antara KDN dan Kementerian Pertahanan (Mindef) yang akan memberi fokus sepenuhnya terhadap pembangunan pertahanan dan keselamatan negara untuk jangka masa panjang.…

  • 1,546 laporan palsu hilang kad pengenalan sepanjang tempoh 2019-2021

    1,546 laporan palsu hilang kad pengenalan sepanjang tempoh 2019-2021

    SEBANYAK 1,546 laporan palsu berkaitan kehilangan kad pengenalan direkodkan di seluruh negara bagi tempoh 2019 hingga 2021, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ismail Mohamed Said. Beliau berkata 806 laporan dibuat pada tahun lepas, manakala 368 laporan pada 2020 dan selebihnya pada 2019.  “Kita mengenakan fi denda bagi kad pengenalan hilang yang ditetapkan di…

  • KDN tidak benar eksport ketum ke Thailand – Hamzah

    KDN tidak benar eksport ketum ke Thailand – Hamzah

    KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) tidak akan membenarkan daun ketum dari negara ini dieksport ke Thailand seperti mana yang dicadangkan oleh Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor. Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ini kerana perkara itu bertentangan dengan Akta Racun 1952 yang dikuatkuasakan di negara ini, yang antara lain melarang sebarang aktiviti mengimport,…

  • 83 dikenakan tindakan di bawah POCA sehingga 10 Mac

    83 dikenakan tindakan di bawah POCA sehingga 10 Mac

    SERAMAI 83 individu dikenakan tindakan melalui Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 dalam tempoh 1 Januari hingga 10 Mac lepas, kata Ahli Lembaga Pencegahan Jenayah (LPJ) Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Khalil Azlan Chik. Beliau berkata daripada jumlah itu, 12 dikenakan Perintah Tahanan manakala 71 dikenakan Perintah Pengawasan, membabitkan penjenayah tegar yang tidak dapat diambil tindakan oleh mahkamah…

  • Tiada lagi kuota khas pengambilan pekerja asing – Hamzah

    Tiada lagi kuota khas pengambilan pekerja asing – Hamzah

    TIADA lagi kuota khas dikeluarkan dalam pengambilan pekerja asing di negara ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin. Beliau berkata setiap permohonan daripada majikan kini perlu melalui penilaian jawatankuasa kementerian dalam meneliti jumlah pekerja asing yang layak diambil bekerja mengikut syarat dan undang-undang yang ditetapkan. “Tiada lagi kuota khas. Mesti mendapat kelulusan jawatankuasa. Ada orang…

  • KDN akan wujudkan empat pintu sempadan antarabangsa baharu tahun ini – Hamzah

    KDN akan wujudkan empat pintu sempadan antarabangsa baharu tahun ini – Hamzah

    KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) akan mewujudkan empat lagi pintu sempadan antarabangsa baharu pada tahun ini sebagai usaha meningkatkan kemudahan kemasukan warga asing secara sah ke dalam negara. Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, kemudahan itu akan diwujudkan di Teluk Melano dan Kapit di Sarawak, Pengerang di Johor serta Setiu di Terengganu, dan ia secara langsung…

  • e-Locker tambah baik pengurusan warga asing – Hamzah

    e-Locker tambah baik pengurusan warga asing – Hamzah

    KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) akan membangunkan satu sistem baharu iaitu e-Locker bagi menambah baik sistem pengurusan warga asing agar lebih berkesan.  Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata inisiatif itu bertujuan untuk memberi manfaat kepada penggunaan data raya secara optimum dalam pengurusan warga asing sekali gus bagi menangani isu pendatang asing di Sabah.  Beliau berkata sistem berkenaan telah…

  • PDRM tubuh Unit Siasatan Jenayah Kematian Dalam Tahanan – Hamzah

    PDRM tubuh Unit Siasatan Jenayah Kematian Dalam Tahanan – Hamzah

    POLIS Diraja Malaysia akan menubuhkan Unit Siasatan Jenayah Kematian Dalam Tahanan bagi menyiasat kes kematian melibatkan tahanan. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzaah Zainudin berkata unit itu akan dianggotai 12 anggota polis dan seorang kakitangan awam. “Unit ini akan mula beroperasi pada 1 Januari tahun hadapan dengan diketuai seorang pegawai polis berpangkat Superintendan mulai tarikh ini…

  • KDN berusaha mudahkan proses ambil pekerja asing

    KDN berusaha mudahkan proses ambil pekerja asing

    KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) berusaha untuk memudahkan proses majikan mengambil pekerja asing melalui program Rekalibrasi Tenaga Kerja yang dikendalikan oleh Jabatan Imigresen (JIM). Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata sebelum ini, majikan perlu mendapatkan kebenaran daripada Kementerian Sumber Manusia (KSM) terlebih dahulu dan berikutan permohonan yang banyak, ia menyebabkan berlaku kelewatan. “Oleh itu, KDN telah membawa isu ini…