Tag: JKR
-
15 sekolah di ibu negara terjejas akibat ribut
KEJADIAN hujan lebat dan ribut yang melanda ibu negara petang semalam mengakibatkan 15 sekolah mengalami pelbagai kerosakan seperti bumbung bangunan tercabut dan pokok tumbang. Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Lumpur sedang menjalankan semakan dan siasatan lanjut bagi mengenal pasti dengan lebih mendalam jenis dan tahap kerosakan. “Buat…
-
Bukit Larut ditutup akibat tanah runtuh, pokok tumbang halang laluan utama
PUSAT Peranginan Bukit Larut di Taiping ditutup sepenuhnya kepada umum ekoran kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat pada pukul 3 petang semalam. Menurut kenyataan yang dikongsi menerusi Facebook Pengurusan Bukit Larut, kejadian tanah runtuh itu juga mengakibatkan laluan utama kawasan itu terhalang oleh keadaan tanah dan pokok tumbang di KM 10 jalan berkenaan. “Susulan kejadian,…
-
Tragedi Batang Kali, misi SAR ditutup jam 12 tengah hari
KETUA Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengumumkan misi mencari dan menyelamat (SAR) tragedi tanah runtuh di Father’s Organic Farm di sini, ditutup secara rasmi pada jam 12 tengah hari ini. Beliau berkata, misi itu ditamatkan selepas pasukan SAR merumuskan tiada lagi mangsa tragedi terbabit dilaporkan hilang atau belum ditemui, selaras Arahan 20…
-
94 lokasi bencana dikenal pasti di seluruh negara
KEMENTERIAN Kerja Raya (KKR) mengenal pasti sebanyak 94 lokasi bencana berlaku seluruh negara setakat ini, kata Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. Beliau berkata daripada jumlah itu ia membabitkan 52 jalan negeri dan 42 jalan Persekutuan di lapan negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah, Negeri Sembilan, Johor, Selangor dan Perak. “Sebanyak 61 lokasi membabitkan banjir…
-
Kekurangan aset sukarkan pasukan penyelamat ke lokasi banjir
POLIS Kontinjen Terengganu mengakui pihaknya kekurangan aset yang boleh digunakan bagi membantu mangsa banjir terutama pengangkutan bagi kerja memindah dan menyelamat penduduk ke pusat pemindahan sementara (PPS). Ketua Polis negeri, Datuk Rohaimi Md Isa, berkata keadaan banjir yang semakin buruk di Terengganu sekarang, menyebabkan pihaknya perlu melakukan kerja menyelamat dengan segera bagi mengelak kejadian tidak…
-
Banjir: 12 laluan ditutup kepada lalu lintas di Kelantan
SEBANYAK 12 laluan melibatkan empat jajahan di Kelantan ditutup akibat banjir yang melanda negeri itu setakat pukul 2 petang ini. Menurut portal laman rasmi Pengurusan Bencana Jabatan Kerja Raya (JKR) melalui http://bencanaalam.jkr.gov.my, empat laluan ditutup kepada semua lalu lintas manakala lapan laluan lagi ditutup kepada kenderaan ringan sahaja. Laluan yang ditutup kepada semua kenderaan ialah…
-
13 laluan di Negeri Sembilan ditutup susulan tanah runtuh, banjir
SEBANYAK 13 laluan membabitkan lima daerah di Negeri Sembilan ditutup untuk semua kenderaan, manakala empat lagi hanya dibuka untuk kenderaan berat susulan jalan runtuh dan dinaiki air setakat 2 petang ini. Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sembilan, Wan Hasnan Wan Musa, berkata laluan berkenaan membabitkan Tampin iaitu sebanyak tujuh jalan, Jelebu (empat), Jempol (tiga),…
-
1,474 cerun berisiko dikenal pasti di lima negeri
SEBANYAK 1,474 cerun yang mempunyai tahap bahaya sederhana sehingga sangat tinggi dikenal pasti di lima negeri yang dijangka mungkin terjejas akibat Monsun Timur Laut (MTL). Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata cerun berisiko itu terletak di Jalan Persekutuan kritikal di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Negeri Sembilan seperti Jalan Persekutuan FT1, FT3, FT4, FT5, FT8,…