Tag: harga minyak
-
Anwar ulang “Kita menang hari ini, harga minyak jatuh esok”
WALAUPUN sedar bahawa janjinya untuk menurunkan harga minyak sehari selepas menjadi Perdana Menteri dijadikan bahan lawak, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap mengulangi kata-katanya itu. Memetik laporan Malaysiakini, Ahli Parlimen Port Dickson itu sedar janjinya dianggap jenaka ekoran kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) melaksanakannya selama 22 bulan berkuasa. Namun, Anwar berkata, janji itu tidak ditepati kerana beliau bukan Perdana…
-
Penurunan harga minyak masak perlu disegerakan – Persatuan Pengguna
PERSETUJUAN pihak industri menurunkan harga minyak masak secara berperingkat disifatkan sebagai berita gembira buat pengguna. Presiden Persatuan Pengguna Negeri Kedah (Cake), Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, pengguna berdepan dengan kenaikan minyak masak botol secara mendadak di pasaran tempatan selepas 1 Julai yang lepas. Menurutnya, selain minyak masak, pengguna juga terkesan dengan peningkatan harga barangan keperluan memasak…
-
Sindiran pedas Iwan Fals
MASALAH kekurangan bekalan dan harga minyak masak yang melambung tinggi membuatkan kerajaan Indonesia berhadapan kritikan rakyat. Ia turut menarik perhatian penyanyi senior, Iwan Fals yang ‘berani mati’ mengkritik pemerintah melalui lagu Minyak Goreng yang baru sahaja dilancarkan. Kritikan lelaki ini begitu dalam boleh dilihat melalui bait-bait lirik lagu yang diciptakan bersama dengan Raja Pane itu.…
-
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
HARGA runcit petrol RON97, RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 20 hingga 26 Jan ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM3.07, RM2.05 dan RM2.15 seliter. “Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95…
-
Kerajaan pastikan rakyat tidak terbeban kenaikan harga minyak
PEMBERIAN subsidi harga bahan bakar diesel dan petrol RON95 akan dikekalkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed. Menurut beliau, harga diesel dan petrol RON95 masing-masing akan kekal pada RM2.15 maksimum dan maksimum RM 2.20. “Kerajaan akan mengambil tindakan sewajarnya untuk mengurangkan beban rakyat berikutan peningkatan semula harga minyak mentah di…