Tag: Gempa bumi Turkiye
-
Angka korban gempa bumi Turkiye cecah 44,218 orang
SEKURANG-kurangnya 44,218 orang terbunuh akibat dua gempa bumi kuat yang menggegarkan selatan Turkiye pada 6 Feb lalu, menurut agensi pengurusan bencana negara itu pada Jumaat. Hampir 335,400 khemah telah dibina di zon gempa, lapor Agensi Anadolu memetik Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD). Lebih 11,400 anggota misi mencari dan menyelamat (SAR) tempatan dan antarabangsa masih menjalankan…
-
Christian Atsu disahkan antara korban gempa bumi di Turkiye
BEKAS pemain Liga Perdana Inggeris, Christian Atsu, 31, disahkan terkorban dalam tragedi gempa bumi di Turkiye, baru-baru ini. Mayat Atsu, yang bermain untuk kelab Hatayspor sejak tahun lalu, ditemui di bawah runtuhan bangunan tempat yang beliau diami di Turkiye. Atsu tidak dapat dihubungi selepas gempa bumi melanda Turkiye dan Syria pada 6 Februari, namun terdapat…
-
Gempa bumi Turkiye: 39 mangsa ditemukan SAR Malaysia
PASUKAN penyelamatan malaysia bagi Misi Bantuan Mencari dan Menyelamat (SAR) Turkiye telah menemukan seramai 39 mangsa gempa bumi sepanjang lapan operasi dijalankan di Gaziantep, Turkiye. Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), daripada 39 mangsa yang ditemukan, lima daripadanya masih hidup manakala selebihnya telah meninggal dunia. “Seramai 143 orang pegawai daripada Malaysia yang menyertai Ops…
-
Gempa bumi Turkiye: Pasukan penyelamat Malaysia temukan enam mayat
PASUKAN MAS-01 SMART menemukan enam mayat mangsa gempa bumi di sebuah bangunan hotel dan kediaman tujuh tingkat yang runtuh sepenuhnya di Nurdagi di sini, pada Jumaat. Lima mayat terdiri daripada seorang wanita dan empat lelaki dipercayai sekeluarga itu dijumpai pada 9.30 pagi waktu tempatan (2.30 petang waktu Malaysia) manakala mayat keenam iaitu seorang wanita ditemukan…
-
Gempa bumi Turkiye, Syria: Angka korban kini lebih 23,000
JUMLAH kematian susulan gempa bumi kuat yang melanda Turkiye dan Syria minggu ini meningkat kepada 23,726, kata Menteri Kesihatan Turkiye Fahrettin Koca. Di Turkiye, angka korban meningkat kepada sekurang-kurangnya 20,213 dengan 80,052 yang lain dilaporkan cedera, menurut Astro Awani. Jumlah kematian di Syria setakat ini ialah 3,384 – termasuk 2,166 di kawasan yang dikuasai pemberontak…
-
Gempa bumi Turkiye: ‘Saya minum air kencing’ – Mangsa terselamat selepas 4 hari
“SAYA minum air kencing sendiri…” Itu pengalaman yang terpaksa dilalui oleh salah seorang mangsa gempa bumi yang terperangkap di bawah runtuhan di bandar Gaziantep, Turkiye sejak 94 jam lalu. Mangsa, Adnan Muhammed Korkut, 17, berjaya dibawa keluar oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada Jumaat. Remaja itu berkata, dia terselamat kerana meminum air kencingnya sendiri…