Tag: DOSM
-
Ekonomi negara dijangka perlahan beberapa bulan akan datang
EKONOMI Malaysia dijangka bertumbuh dengan kadar perlahan pada beberapa bulan ke hadapan berdasarkan Indeks Pelopor (IP) yang menyusut 1.2 peratus kepada 110.1 mata pada Mac 2023. IP adalah alat yang digunakan untuk menjangkakan kenaikan dan penurunan ekonomi dalam purata empat hingga enam bulan ke hadapan. Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam satu kenyataan berkata, prestasi IP…
-
Simen, pasir, besi catat peningkatan harga
INDEKS harga seunit simen dan besi mencatatkan peningkatan masing-masing sebanyak 0.3 peratus dan 0.9 peratus pada April lalu, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, peningkatan itu berlaku dengan kadar yang lebih perlahan berbanding Mac lalu iaitu 1.1 peratus bagi seunit simen manakala seunit besi mencatatkan peningkatan…
-
Jumlah kerugian akibat banjir tahun lalu cecah RM622.4 juta – DOSM
MALAYSIA mengalami jumlah kerugian RM622.4 juta akibat bencana banjir di seluruh negara kecuali Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya tahun lalu berbanding RM6.1 bilion pada tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), hari ini. Dalam laporan Khas Mengenai Kesan Banjir di Malaysia 2022, jabatan itu memaklumkan kerugian RM622.4 juta tahun lalu adalah bersamaan 0.03 peratus Keluaran…
-
Pendapatan rendah faktor Selangor terendah Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia 2021
PENDAPATAN rendah dan isu ekonomi antara faktor utama menjadikan Selangor berada pada kedudukan terendah dalam Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia (MHI) 2021. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata ini berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang merekodkan indeks kebahagiaan di Selangor iaitu 5.74 peratus berbanding indeks nasional 6.48 peratus. “Indeks…
-
Kadar inflasi Malaysia melonjak kepada 4.4 peratus
INFLASI Malaysia, yang diukur daripada Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat 4.4 peratus kepada 127.9 pada Julai 2022 berbanding 122.5 pada bulan yang sama tahun sebelumnya, didorong oleh kenaikan harga makanan. Peningkatan kadar inflasi itu adalah lebih tinggi berbanding 3.4 peratus yang dicatatkan pada Jun 2022, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam statistik Indeks Harga…
-
[VIDEO] Harga barang di peringkat pengeluar naik 10.9 peratus
INDEKS Harga Pengeluar Malaysia (IHPR), yang mengukur harga barangan di pintu kilang meningkat sederhana kepada 10.9 peratus pada Jun 2022 berbanding 11.2 peratus direkodkan pada Mei 2022. Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata semua sektor merekodkan peningkatan dua angka kecuali bagi sektor utiliti. Beliau berkata, sektor pembuatan yang menjadi wajaran terbesar…
-
Inflasi makanan meningkat 5.2 peratus pada Mei 2022, tertinggi sejak November 2011
INDEKS Harga Pengguna Mei 2022 meningkat 2.8 peratus kepada 126.6 berbanding 123.1 pada bulan yang sama tahun sebelumnya. Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) memaklumkan kenaikan ini melepasi purata inflasi bagi tempoh Januari 2011 hingga Mei 2022 iaitu 1.9 peratus. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, inflasi makanan terus meningkat ke paras baharu 5.2 peratus,…