Tag: Dewan Negara
-
Dewan Negara luluskan RUU Pindaan Kesalahan Seksual Kanak-kanak
RANG Undang-Undang Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 yang bertujuan memberikan perlindungan lebih menyeluruh kepada kanak-kanak seterusnya membanteras jenayah seksual kepada golongan terbabit, diluluskan di Dewan Negara, hari ini. Ia diluluskan tanpa pindaan dengan lebih suara bersetuju selepas dibentang untuk bacaan kali ketiga oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri…
-
Dewan Negara bahas usul projek LCS petang ini
DEWAN Negara akan membahaskan usul berkaitan projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) pada persidangan petang ini, selepas ia mendapat persetujuan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim hari ini. Rais berkata usul yang dibawa Senator Lim Hui Ying itu akan dibahaskan mengikut Peraturan Mesyuarat 17 (3) kerana ia memenuhi tiga syarat iaitu bersifat…
-
Sidang Khas Dewan Negara lulus usul pelanjutan Subseksyen 4(5) SOSMA
SIDANG Khas Dewan Negara hari ini meluluskan usul lanjutan Subseksyen 4(5) Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) (Akta 747) untuk terus berkuat kuasa bagi tempoh lima tahun lagi mulai 31 Julai ini. Usul dibentang oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju. Ketika membentangkan usul itu, Hamzah berkata, Subseksyen 4(5)…
-
Tatacara penyimpanan barang SPRM perlu lebih teratur – Dewan Negara
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa untuk memastikan ia mempunyai prosedur dan tatacara penyimpanan dan pengendalian barang yang lebih sistematik. Perkara ini perlu bagi mengelakkan isu membabitkan bekas Ketua Pengarah Operasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Majid melibatkan tuduhan pecah amanah RM50.4 juta, mengikut laporan Astro AWANI. Gesaan tersebut disuarakan Jawatankuasa Pilihan Khas…
-
Sidang khas Dewan Negara esok dibatal
MESYUARAT Khas Dewan Negara berhubung pindaan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan Akta Anti Lompat Parti digubal yang dijadualkan esok (12 April), dibatalkan. Setiausaha Dewan Negara Muhd Sujairi Abdullah dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia berikutan Rang Undang-Undang Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) (No.3) 2022 diputuskan pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini untuk dikaji dan diteliti…
-
KPM guna kaedah KMP untuk pengambilan guru ’one-off’
KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan kaedah Kluster Mata Pelajaran (KMP) dalam pengambilan guru secara ‘one-off’ bagi memastikan tiada lambakan graduan mengambil Ikhtisas Pendidikan. Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, langkah diperkenalkan itu bakal memberi peluang lebih luas kepada graduan untuk memohon berdasarkan pemetaan ijazah sarjana muda yang bersesuaian. “Graduan yang memiliki bidang pengkhususan…
-
Persenda OKU – KPWKM teliti hukuman 150 hari khidmat masyarakat
KEMENTERIAN Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan meneliti cadangan hukuman 100 hingga 150 hari program khidmat masyarakat dikenakan kepada mereka yang mempersenda golongan orang kurang upaya (OKU). Timbalan Menterinya, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata KPWKM berpandangan cadangan itu sesuai dilaksanakan kerana program khidmat masyarakat menggariskan tiga elemen utama iaitu hukuman, pemulihan dan penginsafan.…
-
Ketetapan dasar anti lompat parti, had jawatan PM dibentang kepada Ahli Parlimen
KETETAPAN dasar mengenai peruntukan Anti Lompat Parti dan Pengehadan Tempoh Jawatan Perdana Menteri telah dibentangkan kepada Ahli-Ahli Parlimen bagi mendapatkan maklum balas dan pandangan mereka. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata dasar tersebut dibincangkan oleh Jawatankuasa Teknikal Transformasi dan Kestabilan Politik pada 25 Jan lepas. “Sesi libat…
-
Dewan Negara lulus RUU berkaitan kesan Covid-19
RANG Undang-undang Langkah-langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) (Pindaan) 2021 diluluskan di Dewan Negara, hari ini. Rang undang-undang itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Mas Ermieyati Samsudin, setelah dibahaskan tiga senator. Mas Ermieyati ketika menggulung perbahasan rang…
-
RUU Perbekalan 2022 dibentang untuk bacaan kali kedua di Dewan Negara
RANG Undang-undang Perbekalan 2022 (Bajet 2022) yang menyediakan peruntukan keseluruhan berjumlah RM332.1 bilion, terbesar dalam sejarah belanjawan negara dengan matlamat memulihkan ekonomi kesan pandemik COVID-19, dibentang untuk bacaan kali kedua di Dewan Negara hari ini. Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan rang undang-undang itu berkata bajet bertemakan ‘Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera’ berkenaan mendokong…