Tag: Datuk Seri Saifuddin Abdullah
-
Rakyat Malaysia diserang strok di Korea Selatan kembali ke tanah air
RAKYAT Malaysia, Azhar Mohamad, 37, yang bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Chungbuk National University, Cheonjung, Korea Selatan akibat angin ahmar tiba ke tanah air, pada Rabu. Beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 5.15 petang ditemani kakaknya Fazillah, 35, (kakak), adiknya Norul Hanim,34, dan sepupu, Noradilawaty Zainol (44). Ketibaan…
-
12 Menteri PN hanya suarakan kebimbangan rakyat, Saifuddin bidas PM
TINDAKAN 12 orang Menteri Perikatan Nasional (PN) mengutus surat kepada Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini hanyalah bagi menyuarakan kebimbangan rakyat agar Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak dilaksanakan dalam musim tengkujuh, yang mana berkemungkinan berlaku banjir. Ketua Badan Pimpinan Negeri Bersatu Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, rakyat mahu kerajaan memberi sepenuh tumpuan kepada langkah-langkah…
-
Saifuddin cadangkan OIC tubuhkan Yayasan Pendidikan Pelarian
MENTERI Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah mencadangkan penubuhan Yayasan Pendidikan Pelarian Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi merancang, mempermudah dan membangunkan intervensi dalam semua bidang pendidikan untuk pelarian. Bercakap pada Seminar Antarabangsa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (OIC-IPRC) Tetap Bebas kelapan di sini pada Rabu, beliau berkata ini termasuk mengenal pasti institusi sedia ada, awam dan swasta…
-
Negara luar beri reaksi positif kes Najib – Saifuddin
KEPUTUSAN Mahkamah Persekutuan terhadap rayuan akhir kes penyelewengan dana SRC oleh Datuk Seri Najib Razak adalah bukti sistem kehakiman negara masih berintegriti tinggi, bebas, telus dan menjamin keadilan. Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, negara-negara luar melihat keputusan tersebut sebagai sangat positif dan beranggapan kerajaan Malaysia kini benar-benar berusaha memerangi rasuah dan tidak mencampuri…