Tag: Bon Odori
-
Festival Bon Odori: Pas Selangor perjelas pendirian kepada Sultan Sharafuddin
PESURUHJAYA Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dipanggil menghadap Sultan Sharafuddin Idris bagi membincangkan pendirian berkaitan Festival Bon Odori, pada Rabu. Setiausaha Pas Selangor, Roslan Mohd Shahir berkata Sultan Sharafuddin ingin tahu apakah pendirian parti tersebut atas festival yang akan berlangsung di Kompleks Sukan Shah Alam, petang Khamis. “Baginda ingin tahu pendirian kami dalam…
-
Jangan politikkan larangan umat Islam sertai Festival Bon Odori
PAS Pulau Pinang mengingatkan mana-mana pihak supaya tidak mempolitikkan isu larangan kepada umat Islam daripada menyertai Festival Bon Odori kerana ia berkaitan dengan akidah umat Islam. Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff berkata, umat Islam perlu menghormati keputusan mufti serta pihak berkuasa agama yang mempunyai fakta dan maklumat tepat dalam isu itu sebelum menggadaikan…
-
Hukum orang Islam menyertai perayaan Bon Odori – Pejabat Mufti WP
BERIKUT adalah kenyataan pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkaitan isu orang Islam menyertai perayaan Bon Odori. Kenyataan tersebut dikeluarkan dalam ruangan Bayan Linnas Siri Ke-254 pada 10 Jun 2022. Mukadimah Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW, utusan akhir zaman. Bayan Linnas kali ini akan mengulas isu…
-
Bon Odori: Alasan kebudayaan Jepun tidak cukup merit – Dewan Ulamak Pas Pusat
DEWAN Ulamak Pas Pusat menyarankan agar umat Islam tidak menyertai Festival Bon Odori kerana mendakwa terdapat unsur-unsur keagamaan di dalamnya. Menurut ketuanya, Senator Datuk Ahmad Yahya, meskipun terdapat pandangan yang menjelaskan festival tersebut turut berkait dengan kebudayaan Jepun, namun tidak sesekali mengetepikan pandangan bahawa ia mengandungi unsur ritual keagamaan Buddha. “Prinsip ini selaras dengan beberapa…
-
Daripada acara ritual nenek moyang, Bon Odori bertukar jadi pesta tarian musim panas
FESTIVAL Bon Odori (tarian Bon) adalah tradisi masyarakat Jepun beragama Buddha yang mengandungi unsur pemujaan nenek moyang untuk mendoakan mereka tidak menderita selepas mati. Menurut maklumat di www.bonodori.net, perayaan ini sudah disambut di Jepun sejak 500 tahun lalu menampilkan persembahan tarian dikaitkan bagi menghormati semangat nenek moyang dalam perayaan Buddha Jepun. Amalan Buddha-Confucian itu berkembang…
-
JAIS tidak halang penganjuran Bon Odori
JABATAN Agama Islam Selangor (JAIS) tidak akan menghalang mana-mana individu untuk menghadiri program Bon Odori, yang dijadual pada 16 Julai depan di Kompleks Sukan Negara Shah Alam (Panasonic), kata Pengarahnya Datuk Mohd Shahzihan Ahmad. Mohd Shahzihan menerusi kenyataan hari ini berkata penetapan itu dibuat, susulan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang tidak berkenan…
-
Umat Islam dinasihat tidak sertai festival Bon Odori
UMAT Islam dinasihatkan supaya tidak menyertai Festival Bon Odori yang akan berlangsung pada 16 Julai ini kerana didapati mempunyai unsur-unsur keagamaan lain. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata kajian yang dibuat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati festival itu memang ada unsur-unsur keagamaan. “Jadi kami nasihatkan orang Islam tidak menyertainya atau apa-apa juga program yang membabitkan…