Tag: Bomoh
-
Sidang DUN: Bomoh, sihir, pengkid diwarta jenayah syariah di Terengganu
AMALAN perbomohan dan sihir merupakan antara empat seksyen baharu yang diwujudkan dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang diluluskan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, pada Khamis. Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Terengganu, Datuk Satiful Bahri Mamat berkata, enakmen itu diluluskan untuk memperkukuhkan lagi perundangan syariah di negeri ini.…
-
Pemotong rumput didakwa menyamar bomoh perdaya wanita babit hampir RM96,000
SEORANG pemotong rumput mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban hari ini, atas empat pertuduhan memperdaya seorang wanita mendapatkan perkhidmatan tradisional atau bomoh tidak wujud sehingga mangsa kerugian hampir RM96,000 pada Mac lepas. Tertuduh, Mohamad Aizat Ahmad, 24, membuat pengakuan itu sebaik kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam prosiding di dua mahkamah berasingan. Mengikut pertuduhan pertama yang…
-
Bomoh didakwa cabul pesakit
SEORANG bomoh dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di Melaka, hari ini atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang wanita, ketika memberi rawatan terhadap mangsa awal bulan lalu. Tertuduh, Mohd Raba’ai Parman, 66, dari Taman Bukit Rambai Utama, Bukit Rambai, mengangguk faham namun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Mohammad Izwan Mohamed…
-
Bomoh ‘Ayah Su’ mengaku tidak bersalah rogol pesakit
SEORANG bomoh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang wanita yang mendapatkan rawatannya, dua minggu lepas. Jusoh Jaafar, 67, yang digelar ‘Ayah Su’ membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen Rozaidi Yaacob. Warga emas itu didakwa merogol mangsa yang berusia 23 tahun dengan menggunakan kedudukan sebagai…
-
Bomoh rogol pesakit ketika rawatan tradisional
POLIS menahan seorang bomoh berusia 67 tahun selepas didakwa merogol seorang wanita berusia 23 tahun, ketika proses rawatan tradisional dalam kejadian di rumah suspek di Kampung Tendong, Kelantan, pada Jumaat lepas. Difahamkan, dalam kejadian pukul 3 petang itu mangsa bersama ibu dan bakal suaminya, telah ke rumah suspek untuk mendapatkan rawatan tradisional. Ketua Polis Daerah Pasir…
-
Bomoh Tok Wan dipenjara, salah guna barang kemas peniaga
SEORANG bomoh lelaki bergelar Tok Wan dipenjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret Klang hari ini selepas mengaku bersalah menyalahgunakan barang kemas bernilai lebih RM20,000 milik seorang peniaga nasi kukus yang diserah untuk ‘dibuang sihir’ pada Ogos lepas. Majistret Sarulatha Paramavathar menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Izwan Mohd Ahmid, 34, dan memerintahkan hukuman penjara tersebut bermula dari…