Tag: bomba
-
Tiga cedera letupan tapak pelupusan mercun, bunga api
TIGA pekerja pembersihan cedera semasa menjalankan kerja-kerja membersihkan tapak pelupusan mercun dan bunga api di sebuah Stor Penyimpanan Barang Kes Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata dalam kejadian 6.15 petang tadi, tiga lelaki yang berasal dari Sabah itu diupah bagi membersihkan kawasan pelupusan…
-
Treler bawa besi terbabas, pemandu mati tersepit, kelindan tercampak
SEORANG pemandu treler dan kelindannya maut selepas kenderaan muatan besi yang dinaiki mereka terbabas semasa menuruni kawasan berbukit di KM55 Jalan Lipis-Merapoh, Lipis hari ini. Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, dalam kejadian sekitar 7 pagi itu, Mohamad Syawal Ahmad Basari, 34, yang beralamat di Tapah, Perak dan kelindannya Mohd Faizal Mohd…
-
Pegawai kanan bomba cedera, isteri parah kemalangan
SEORANG pegawai kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak cedera apabila kereta yang dipandunya melanggar bahagian belakang sebuah lori sampah di Taman Chepor Impian di sini hari ini. Jurucakap JBPM Perak berkata Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya menerima panggilan kecemasan pada 1.33 tengah hari tadi. “Mangsa, Taufik Asyarun Zainuddin berusia lingkungan 30-an merupakan pegawai kanan bomba…
-
Juruterbang pelatih cedera ringan, pesawat tergelincir dari landasan
SEORANG juruterbang pelatih wanita cedera ringan apabila pesawat latihan yang dikendalikannya, tergelincir dari landasan ketika sedang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, malam tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah Sayani Saidon berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 8.15 malam, sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Langkawi ke…
-
Ibu pejabat Met Malaysia ditutup kerana gangguan teknikal
IBU Pejabat Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) ditutup sejak pukul 10 pagi tadi disebabkan oleh gangguan teknikal di bilik server. “Susulan kepada gangguan teknikal di bilik server ini, capaian awam terhadap laman web iaitu www.met.gov.my dan mygempa.met.gov.my serta aplikasi myCuaca adalah tergendala, sehingga diberitahu kelak,” menurut MetMalaysia dalam kenyataan di Facebook rasminya. “Justeru, hebahan maklumat terkini mengenai cuaca akan dimaklumkan melalui…
-
Bomba guna ‘water bombing’ padam kebakaran tapak sampah Pulau Burung
JABATAN Bomba dan Penyelamat (JPBM) menggunakan kaedah pemadaman pengeboman air atau water bombing bagi memadamkan kebakaran di tapak pelupusan sampah Pulau Burung, Nibong Tebal, Pulau Pinang. Kaedah pemadaman dari udara itu bermula kira-kira pukul 11 pagi ini dan dijangka berterusan sehingga petang ini. Ketua JPBM Zon Perai, Nor Hairulddin Noraidin berkata, operasi itu dijalankan menggunakan…
-
Kes Adib: Keputusan teruskan prosiding hina mahkamah Tommy Thomas 8 Februari
MAHKAMAH Rayuan di Putrajaya hari ini menetapkan 8 Februari untuk memutuskan sama ada Mahkamah Koroner yang mendengar inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim mempunyai bidang kuasa untuk memberi kebenaran bagi memulakan prosiding komital terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas. Tarikh itu ditetapkan oleh panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Suraya Othman, Datuk Abu…
-
Lebih 3,000 mangsa banjir Selangor dipindah ke 30 PPS
SERAMAI 3,086 mangsa banjir setakat ini dipindahkan ke 30 pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ni membabitkan daerah Klang, Kuala Langat dan Sepang ekoran hujan lebat tanpa henti sejak semalam. Pengarah Bomba negeri Norazam Khamis, berkata di Klang sebanyak 20 PPS dibuka dengan jumlah membabitkan seramai 2,604 mangsa. Katanya PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Gong dan …
-
[VIDEO] Kebakaran bangunan di Jepun, 27 dikhuatiri maut
SERAMAI 27 mangsa dikhuatiri maut selepas kebakaran tercetus di tingkat empat sebuah bangunan di kawasan komersial di bandar Osaka, Jepun, menurut jabatan bomba dan penyelamat. Beberapa rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan puluhan anggota bomba serta penyelamat bertungkus lumus di lokasi kejadian membabitkan bangunan setinggi lapan tingkat terletak di kawasan perniagaan yang sibuk…
-
Hasrat Mohd. Firdaus pindah rumah baharu tidak kesampaian
HASRAT anggota bomba Mohd Firdaus Sulaiman berpindah ke rumah baharu bersama keluarga tidak kesampaian apabila meninggal dunia awal pagi tadi. Mohd Firdaus, 32, meninggal dunia pada 4.10 pagi di Hospital Segamat, Johor setelah menerima rawatan akibat cedera parah terkena letupan ketika operasi memadam kebakaran di sebuah kilang memproses habuk kayu di Segamat, Johor pada Sabtu lepas. Ketika…