Tag: bomba

  • Operasi SAR tamat, ‘mangsa’ dipercayai tidak wujud

    Operasi SAR tamat, ‘mangsa’ dipercayai tidak wujud

    OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikatakan hilang di Hutan Gunung Senyum di Temerloh dekat sini, ditamatkan hari ini, selepas ‘mangsa’ terlibat dipercayai tidak wujud.  Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Zulfadli Zakaria berkata operasi SAR diaktifkan petang semalam selepas pihaknya dimaklumkan terdapat dua mangsa hilang di hutan itu.  Maklumat…

  • Pemandu lori maut dihempap papan tanda jalan

    Pemandu lori maut dihempap papan tanda jalan

    SEORANG pemandu maut selepas lori dipandunya melanggar papan tanda yang kemudian menghempapnya dalam kejadian di Persiaran Paya Terubong 2 dekat sini hari ini. Dalam kemalangan itu, S. Kumaravelan, 48, maut di tempat kejadian kerana tersepit di tempat pemandu selepas ditimpa papan tanda terbabit. Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Khairul Anuar Abd…

  • Buruh Rohingya maut, dua lagi cedera dihempap konkrit runtuh

    Buruh Rohingya maut, dua lagi cedera dihempap konkrit runtuh

    SEORANG pekerja kontrak warga Rohingya maut manakala dua rakannya cedera apabila dinding konkrit longkang yang dalam pembinaan runtuh dan menghempap mereka di Indera Mahkota 15, di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata kejadian dipercayai berlaku pada jam 4.05 petang dan mangsa Mohd Enus Karim Ullah, 29, disahkan meninggal dunia…

  • Kebakaran: Empat sekeluarga hilang tempat tinggal, kenderaan

    Kebakaran: Empat sekeluarga hilang tempat tinggal, kenderaan

    SEORANG ibu bersama tiga anak perempuannya hilang tempat tinggal selepas rumah mereka di Taman Angkasa Nuri, Durian Tunggal di sini, musnah dijilat api dalam kejadian awal pagi tadi.  Mangsa Liliwati Kaharudin, 50, berkata kebakaran pada kira-kira 1.40 pagi itu turut menyebabkan tiga kereta dan sebuah skuter milik mereka musnah. Beliau berkata insiden itu disedari anaknya yang berusia 20 tahun yang terbau asap dan…

  • Serpihan tulang mangsa kedua runtuhan kuari ditemukan petang tadi

    Serpihan tulang mangsa kedua runtuhan kuari ditemukan petang tadi

    SERPIHAN tulang mangsa kedua yang tertimbus dalam insiden runtuhan kuari pada Mac lepas di Keramat Pulai, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini, ditemukan petang tadi. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata serpihan tulang itu ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada 2.45 petang. “Serpihan tulang tersebut seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk…

  • Jasad lelaki diserang buaya ditemukan tidak sempurna

    Jasad lelaki diserang buaya ditemukan tidak sempurna

    SEPASUKAN anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan hari ini menemukan kepala seorang mangsa lelaki yang hilang dipercayai diserang dan dibaham buaya ketika cuba menyeberang Sungai Seguntor, dekat Taman Kenari di Sandakan, Jumaat lepas. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam kenyataan berkata kepala mangsa ditemukan pasukan mencari dan menyelamat pada 7.30 pagi tadi, dalam keadaan…

  • Penunggang motosikal maut dihempap pokok di LPT

    Penunggang motosikal maut dihempap pokok di LPT

    SEORANG penunggang motosikal maut dihempap pokok yang tumbang di Kilometer 67.4 Lebuhraya Pantai Timur menghala ke Kuantan hari ini. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.17 malam sebelum tujuh anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong bergegas ke lokasi kejadian. Beliau berkata sejurus tiba…

  • Laporan penuh siasatan kes kematian Muhammad Adib di bawa ke Kabinet bulan hadapan

    Laporan penuh siasatan kes kematian Muhammad Adib di bawa ke Kabinet bulan hadapan

    LAPORAN Penuh Jawatankuasa Khas Siasatan Kes Kematian anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim dijangka akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri bulan hadapan. Menteri  di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ia berikutan kerajaan telah menerima laporan penuh berkenaan daripada jawatankuasa yang memulakan proses siasatan sejak 21 Dis tahun…

  • Empat maut, 12 cedera kemalangan di LPT1

    Empat maut, 12 cedera kemalangan di LPT1

    EMPAT maut manakala 12 cedera dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 135.7 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) menghala ke Kuantan pada awal pagi tadi.  Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang Zulfadli Zakaria berkata kemalangan melibatkan sebuah lori kontena, Proton Exora, Proton Waja dan trak tunda.  Mereka yang maut ialah sepasang warga…

  • Dua beranak maut, empat cedera dalam kemalangan dua kereta

    Dua beranak maut, empat cedera dalam kemalangan dua kereta

    DUA beranak maut dan empat lagi mangsa cedera setelah terlibat dalam kejadian kemalangan yang membabitkan dua buah kereta, berhampiran Felcra Dusun Panti, dekat sini, kira-kira pukul 10.51 pagi, hari ini. Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kota Tinggi Pegawai Bomba Kanan II Ibrahim Wahid berkata mangsa yang maut menaiki kereta jenis Proton Wira, Titah Abd…