Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Bayi Archives -

Tag: Bayi

  • Bayi lelaki ditemukan di luar pusat tahfiz

    Bayi lelaki ditemukan di luar pusat tahfiz

    SEORANG bayi lelaki yang cukup sifat ditemukan di atas wakaf luar pagar sebuah pusat tahfiz dekat Kampung Batu Tumbuh, di Jertih pagi tadi. Ketua Polis Daerah Besut Supt Abdul Rozak Muhammad berkata bayi itu ditemukan orang awam yang sedang mengecat pusat tahfiz berkenaan pada pukul 8 pagi tadi. “Semasa lelaki itu melakukan kerja-kerja mengecat di…

  • Kenaikan harga susu formula amat memeritkan – Pengguna

    Kenaikan harga susu formula amat memeritkan – Pengguna

    HARGA susu formula bayi dan kanak-kanak yang didakwa meningkat RM10 hingga RM30 baru-baru ini, mencetuskan kegelisahan terutama dalam kalangan ibu bapa. Tinjuan SatuBerita di media sosial mendapati,rata-rata pengguna meluahkan rasa gelisah berikutan kenaikan mendadak susu formula itu. Seorang pengguna media sosial yang dikenali sebagai Safwan Wan berkata dia, telah membeli jenama susu Dugro untuk anaknya…

  • Bapa mengaku salah sebabkan kematian bayi tiga bulan

    Bapa mengaku salah sebabkan kematian bayi tiga bulan

    SEORANG bapa mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur atas pertuduhan menyebabkan kematian bayinya berusia tiga bulan, awal bulan ini. Amirul Hakim Muhamad Fadzil, 27, mengaku cuai sehingga menyebabkan kematian anak lelakinya itu akibat kecederaan di bahagian kepala, di sebuah rumah di Flat Sri Langkawi, Gombak di sini, pada 4.15 petang, 3 Jan lepas.…

  • Jururawat,suri rumah didakwa perdagangkan bayi

    Jururawat,suri rumah didakwa perdagangkan bayi

    DUA wanita dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini, atas pertuduhan memperdagangkan seorang bayi perempuan pada 2020. Jururawat Noor Azlina Mohd Nasir, 41, dan suri rumah D. Murugamal, 52, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norashima Khalid. Noor Azlina yang merupakan jururawat sebuah hospital di Alor Setar, Kedah dan Murugamal yang…

  • Ibu, bayi 6 bulan maut dalam nahas 2 kenderaan bertembung

    Ibu, bayi 6 bulan maut dalam nahas 2 kenderaan bertembung

    SEORANG wanita dan bayi lelakinya berusia enam bulan maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 35, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini pada 12.40 pagi semalam.  Timbalan Ketua Polis Daerah Gua Musang Deputi Superintenden Azmi Mokhtar berkata Khoirul Bariyyah Mohamed Sokeri, 28, dan Muhammad Alfah Abdul Rahim disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.  Beliau berkata siasatan…

  • Bayi empat bulan koma dipercayai didera pengasuh

    Bayi empat bulan koma dipercayai didera pengasuh

    SEORANG bayi lelaki berusia empat bulan koma dipercayai akibat didera pengasuh di sebuah pusat jagaan kanak-kanak berdaftar di Batu Buruk di sini, Rabu lepas. Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata mangsa koma selepas mengalami kecederaan serius termasuk pendarahan otak dan retak pada tempurung kepala. Beliau berkata pihaknya menerima laporan daripada bapa mangsa yang…

  • JKM kesan waris bayi ditinggalkan tanpa pakaian depan pintu rumah

    JKM kesan waris bayi ditinggalkan tanpa pakaian depan pintu rumah

    PEJABAT Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat momohon kerjasama orang ramai untuk mengesan ibu kandung dan waris kepada seorang bayi lelaki yang ditinggalkan berdekatan pintu rumah penduduk di Saujana Impian, Kajang pada 17 November lalu. Pelindung Kanak-Kanak, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat, Nur Shafizza Abu Bakar berkata, bayi yang ditinggalkan itu dianggarkan lahir tujuh hingga…

  • Bapa dipercayai bunuh bayi tiga bulan ada lapan rekod jenayah

    Bapa dipercayai bunuh bayi tiga bulan ada lapan rekod jenayah

    LELAKI yang dipercayai membunuh bayi lelakinya berusia tiga bulan di sebuah rumah di Kampung Teluk Jawa, Padang Hang dekat sini pada Isnin lepas, mempunyai lapan rekod jenayah lampau termasuk kes dadah. Ketua Polis Kedah Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata suspek berumur 28 tahun itu sedang ditahan reman selama tujuh hari hingga 17 Okt ini. “Kita percaya suspek…

  • Kanak-kanak 3 tahun tertembak bayi 5 bulan

    Kanak-kanak 3 tahun tertembak bayi 5 bulan

    SEORANG kanak-kanak berusia tiga tahun di Amerika Syarikat secara tidak sengaja tertembak seorang bayi berusia lima bulan di sebuah rumah di Florida. Penjaga kanak-kanak dan bayi itu didakwa atas kesalahan cuai, menurut polis, lapor Xinhua. Penguatkuasa undang-undang bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada Sabtu. Paula Concepcion Santos, 25, ditahan polis dan didakwa…

  • Empat beranak maut dilanggar treler pasir

    Empat beranak maut dilanggar treler pasir

    EMPAT beranak termasuk seorang bayi maut apabila motosikal dinaiki dilanggar treler membawa muatan pasir, dalam nahas di Kampung Semanggar, Kota Tinggi, Johor, hari ini. Memetik laporan Sinar Harian, dalam kejadian kira-kira 2 petang itu, mangsa maut ialah penunggang motosikal, Mohamad Suti Yahaya, 39, dan isterinya, Siti Jamaliah Mohd Yatim, 27. Dua anak pasangan itu, Nur…