Tag: bas ekspres
-
Tiga maut bas ekspres terbabas di Kuala Lipis
SEORANG anggota bomba antara tiga yang maut selepas bas ekspres terbabas dan melanggar pokok di Kilometer 81, Jalan Lipis-Merapoh di Kampung Kubang Rusa dekat sini, hari ini. Dalam kejadian 1.50 pagi itu, mangsa maut, Mohd Syukri Mat Noor, 55 adalah anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai. Dua lagi mangsa maut, pemandu…
-
Bas ekspres rempuh belakang lori di lebuhraya, enam penumpang cedera
SERAMAI 26 penumpang bas ekpres melalui detik cemas apabila kenderaan yang dinaiki merempuh belakang sebuah lori di Kilometer 257 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan, Kuala Kangsar, awal pagi ini. Daripada jumlah itu, enam orang mengalami kecederaan ringan ketika perlanggaran berlaku. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat (JBPM) Perak, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata,…
-
Bas ekspres dua tingkat bawa 20 penumpang terbakar
SERAMAI 20 penumpang dan seorang pemandu sebuah bas ekspres berdepan detik cemas apabila kenderaan yang dinaiki mereka terbakar di Jalan Tuanku Abdul Halim di sini malam tadi. Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Fadil Hesam Mohamed berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan panggilan kecemasan pada jam 10.23 malam. “Seramai 17 anggota dan pegawai…
-
Dua cedera bas ekspres terbalik di Lebuh Raya Plus
SEORANG wanita warga Thailand dan seorang kanak-kanak perempuan warga Indonesia cedera selepas bas ekspres yang dinaiki mereka terbabas dan terbalik kira-kira 500 meter dari Plaza Tol Rawang arah selatan, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) Kuala Lumpur, awal pagi tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata wanita berusia 65 tahun itu…
-
Bas ekspres terbabas masuk parit, 21 penumpang selamat
SERAMAI 21 penumpang sebuah bas ekspres terselamat selepas kenderaan itu terbabas ke dalam parit di Jalan Sungai Manik, Teluk Intan, Perak, pada Jumaat. Kejadian sekitar jam 5.20 pagi itu dipercayai berlaku selepas bas berkenaan melanggar tiang elektrik. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan, Mohd Ismail Mohd Yunus berkata, kesemua mangsa berjaya menyelamatkan diri dengan…
-
Bas rempuh treler, pemandu parah, 15 penumpang selamat
SEORANG pemandu bas ekspres cedera parah dan 15 penumpang terselamat apabila bas yang dinaiki merempuh belakang sebuah lori treler di Kilometer 264 Lebuhraya Utara Selatan di sini pagi ini. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata insiden yang dipercayai berlaku pada 2.28 pagi itu turut menyebabkan dua daripada 15 penumpang bas ekspres terbabit mengalami kecederaan…
-
Bas ‘makan jalan’ sebelum langgar tiga kenderaan lain
KECUAIAN seorang pemandu bas dipercayai menjadi punca kemalangan jalan raya membabitkan tiga buah kenderaan di Jalan Tun Sardon, Balik Pulau, Pulau Pinang. Klip kejadian itu yang kini tular menunjukkan rakaman sebuah bas dipandu secara cuai sehingga memasuki laluan bertentangan di kawasan selekoh sebelum berlanggar dengan sebuah kereta dan sebuah motosikal. Akibat pertembungan itu, kereta berkenaan…
-
Reman pemandu bas ekspres cabul penumpang disambung
REMAN pemandu bas ekspres yang dikatakan mencabul seorang penumpang wanita dalam bas di Ajil, Hulu Terengganu pada Ahad lalu disambung satu hari lagi hingga esok. Menurut laporan BH Online, Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda membenarkan permohonan polis untuk sambung reman suspek berusia 27 tahun bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan…
-
Pemandu kedua bas ekspres raba penumpang wanita sedang tidur
POLIS menahan pemandu kedua sebuah bas ekspres yang disyaki mencabul seorang penumpang wanita berusia 21 tahun yang sedang tidur ketika bas berkenaan dalam perjalanan dari Kelantan ke Melaka. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Melaka, ACP Lim Meng Seah berkata, lelaki berusia 27 tahun itu ditahan sejurus selepas bas ekspres berkenaan tiba di Terminal Melaka Sentral,…
-
Tiket bas balik raya laris bak pisang goreng panas
KURANG dua minggu lagi umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam Fasa Peralihan ke Endemik, jualan tiket bas ekspress ke semua destinasi di semenanjung negara dilihat laris dijual ‘bak pisang goreng panas’. Tinjauan Bernama di Terminal 17, di Seksyen 17, di Shah Alam mendapati sebagaimana kelaziman tiket bas ekspres ke Pantai Timur terlebih dahulu habis…