Tag: APM

  • Lebih 7,000 mangsa banjir berlindung di PPS pagi ini

    Lebih 7,000 mangsa banjir berlindung di PPS pagi ini

    SEBANYAK 7,054 mangsa banjir masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) membabitkan Kelantan, Terengganu, Perak dan Sabah, setakat 8 pagi ini. Selain itu, hampir 1,500 penduduk di pesisir pantai di Sabah terutama yang tinggal di rumah atas air dipindahkan ke PPS setakat ini, berikutan fenomena air pasang besar. Di KELANTAN, sebanyak 5,411 orang daripada 1,787…

  • Jasad Wahab ditemukan lebih 60 jam terjatuh air terjun

    Jasad Wahab ditemukan lebih 60 jam terjatuh air terjun

    MAYAT Abdul Wahab Mat Sulaiman, yang terjatuh dari tingkat lima air terjun ketika menyelenggara saluran paip Taman Rekreasi Lata Tembakah, Sungai Tenang, di Besut, Khamis lalu, akhirnya ditemukan pagi ini selepas lebih 60 jam. Menurut Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Besut, Kapten (PA) Ramlan Ros Wahid, mayat mangsa ditemukan di tingkat dua air terjun di…

  • Air pasang besar: Lebih 100 rumah roboh dipukul ombak

    Air pasang besar: Lebih 100 rumah roboh dipukul ombak

    LEBIH 100 rumah dilaporkan roboh akibat dipukul ombak dalam fenomena air pasang besar di dua buah kampung di sini, malam tadi. Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, kawasan yang terlibat dalam kejadian kira-kira jam 10.20 malam itu ialah Kampung Forest dan Kampung Tinusa Dua. Di Kampung Forest, dianggarkan…

  • Tanah runtuh: Anggota APM pengsan sewaktu bertugas

    Tanah runtuh: Anggota APM pengsan sewaktu bertugas

    SEORANG anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali, pengsan dipercayai akibat keletihan melampau. Jurucakap APM Selangor berkata Muhammad Faiq Haikhal Mohd Jeffrey dari cawangan Sabak Bernam pengsan kira-kira 1 tengah hari tadi dipercayai akibat cuaca…

  • Sukar percaya hampir 100 mangsa terlibat,anggota APM kongsi kisah sedih operasi SAR

    Sukar percaya hampir 100 mangsa terlibat,anggota APM kongsi kisah sedih operasi SAR

    PADA mulanya, sukar untuk Mohd Firdaus Abd Samad mempercayai laporan awal yang diterimanya mengatakan hampir 100 mangsa terlibat dalam insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm,  Gohtong Jaya, di sini kerana jumlahnya terlalu besar. Itulah reaksi awal Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Hulu Selangor itu ketika ditanya pengalamannya sebagai seorang daripada anggota…

  • Dua beradik lemas di Pantai Chenang

    Dua beradik lemas di Pantai Chenang

    KEGEMBIRAAN empat pelancong bertukar tragedi apabila dua daripadanya yang juga adik-beradik ditemukan lemas di Pantai Chenang di Langkawi, malam tadi. Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Shariman Ashari berkata mangsa yang meninggal dunia ialah R. Yuvaaraj, 22, dan abangnya R. Ravishangkar, 26, yang berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang. “Siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa bersama dua…

  • 11 mangsa terjejas banjir kilat

    11 mangsa terjejas banjir kilat

    TIGA kanak-kanak daripada tiga keluarga di Kampung Keru, Batu Kikir, Kuala Pilah dekat sini antara 11 mangsa terjejas akibat banjir kilat malam tadi berikutan hujan lebat sejak petang. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Nazri Mes Kam, berkata rumah yang berdekatan sungai dan kawasan rendah, menyebabkan air naik dengan…

  • Banjir: APM Kelantan tumpu 595 kawasan ‘hot spot’

    Banjir: APM Kelantan tumpu 595 kawasan ‘hot spot’

    ANGKATAN Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan akan terus memantau 595 kawasan ‘hot spot’ yang berisiko berlaku banjir sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL) tahun ini. Pengarah APM Kelantan Mohd Adzhar Mujab berkata lebih 1,200 anggota dan segala kelengkapan logistik telah bersiap siaga sekiranya berlaku banjir dalam tempoh itu. “Beberapa jajahan seperti Gua Musang, Kuala Krai,…

  • Air pasang besar landa Kuala Kedah; air laut melepasi paras diramalkan, melimpah

    Air pasang besar landa Kuala Kedah; air laut melepasi paras diramalkan, melimpah

    FENOMENA air pasang besar di Kuala Kedah, hari ini, menyebabkan paras air laut naik mencecah 2.95 meter (m) sehingga melimpah ke beberapa kawasan. Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Setar, Kapten (PA) Norlizawati Ismail, berkata air pasang besar berlaku pada jam 12.40 tengah malam tadi dengan peningkatan air laut melepasi paras 2.90m yang diramalkan sebelum ini.…

  • Tanah runtuh punca 25 Orang Asli terkandas

    Tanah runtuh punca 25 Orang Asli terkandas

    SERAMAI 25 penduduk daripada lima keluarga Kampung Orang Asli Sungai Raya, Seremban terputus hubungan apabila laluan yang menghubungkan kampung terbabit dengan jalan utama tidak dapat dilalui akibat tanah runtuh dan pokok tumbang, malam tadi. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan Lt Kol (PA) Mohd Nazri Mes Kam berkata ia berikutan hujan lebat sejak…