Tag: anjing

  • Warga emas ditahan disyaki ikat, heret anjing dengan kereta hingga mati

    Warga emas ditahan disyaki ikat, heret anjing dengan kereta hingga mati

    SEORANG lelaki warga emas disyaki menyebabkan kematian seekor anjing di Kampung Sri Parit, Lukut pada Sabtu ditahan pihak polis semalam. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt Aidi Sham Mohamed, berkata polis menerima aduan daripada seorang lelaki berusia 44 tahun yang melihat seekor anjing telah diperlakukan dengan kejam sehingga cedera dan berdarah. “Pengadu telah melihat anjing…

  • Penyakit anjing gila: Sembilan kematian dicatat di Sarawak

    Penyakit anjing gila: Sembilan kematian dicatat di Sarawak

    SEBANYAK 11 kes rabies (anjing gila) dalam kalangan manusia termasuk sembilan kes kematian dilaporkan di Sarawak dari 1 Jan hingga 15 Mei tahun ini. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata jumlah itu menjadikan jumlah kes rabies dalam kalangan manusia di Sarawak sejak wabak diisytiharkan pada Julai 2017 adalah sebanyak 66 kes dengan…

  • Pemandu lori didakwa pukul anjing dengan kayu

    Pemandu lori didakwa pukul anjing dengan kayu

    SEORANG pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Selangor hari ini atas pertuduhan memukul seekor anjing dengan sebatang kayu sehingga cedera. Mohd Zainal Mat Daham, 41, selaku Orang Kena Saman (OKS) didakwa melakukan perbuatan tersebut sehingga menyebabkan haiwan itu mengalami kecederaan di bahagian kaki kanan hadapan dan belakang. Lelaki itu dituduh melakukan perbuatan…

  • Tanah runtuh: Kerja lebih masa dalam operasi SAR, ’Blake’ K9 direhatkan

    Tanah runtuh: Kerja lebih masa dalam operasi SAR, ’Blake’ K9 direhatkan

    KETIKA ramai berkongsi di media sosial gambar memaparkan anggota pasukan penyelamat kepenatan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh di sini, tidak ramai yang tahu terdapat ‘hero’ lain turut mengalami keadaan sama. Pendamping pasukan SAR iaitu anjing unit pengesan (K9) turut bertungkus lumus dalam operasi mengesan dan menyelamatkan mangsa insiden tanah runtuh sejak…

  • Wanita hamil cedera diserang anjing jiran

    Wanita hamil cedera diserang anjing jiran

    SEORANG wanita mengalami kecederaan dipercayai diserang seekor anjing milik jirannya ketika cuba menghalang haiwan itu daripada menyerang anak-anaknya  di parkir sebuah kondominium di Batu 9, Cheras, petang semalam. Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata dalam kejadian 5.43 petang itu, wanita berusia 35 tahun itu diserang anjing jenis Labrador dan menerima  rawatan di…

  • Norashikin selamatkan ratusan haiwan terbiar

    Norashikin selamatkan ratusan haiwan terbiar

    KASIH dan sayang Norashikin Ahmad, 29, terhadap haiwan sememangnya tiada sempadan sehingga sanggup mewujudkan pusat perlindungan demi menyelamatkan ratusan haiwan terutama kucing serta anjing terbiar di sekitar Melaka.  Pengasas STAR Cat Shelter itu, yang terletak di Kampung Paku Kelemak di sini, berkata usaha yang dilakukan secara aktif sejak 2014 sedikit sebanyak adalah sebagai mengikut jejak langkah ayahnya Allahyarham Ahmad Saad. “Ayah meninggal dunia…

  • Gambar anjing diwarna belang harimau bukan foto Bernama

    Gambar anjing diwarna belang harimau bukan foto Bernama

    PERTUBUHAN Berita Nasional Malaysia (Bernama) hari ini menyangkal mengeluarkan foto yang tular di media sosial menunjukkan seekor anjing diwarnakan dengan belang menyerupai seekor harimau. Ketua Pengarang Bernama Khairdzir Md Yunus dalam kenyataan hari ini memaklumkan semakan mendapati ia merupakan foto lama yang pernah tersebar pada 2020 dan telah dikitar semula. “Bernama tidak pernah mengeluarkan foto…

  • Anjing peliharaan cederakan kanak-kanak: ibu tunggal mengaku bersalah

    Anjing peliharaan cederakan kanak-kanak: ibu tunggal mengaku bersalah

    SEORANG ibu tunggal mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Taiping, Perak hari ini atas pertuduhan cuai sehingga menyebabkan anjing peliharaannya mencederakan seorang kanak-kanak perempuan, Julai lalu. K. Saroja Devi, 46, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Adibah Abdul Kadir. Mengikut pertuduhan, Saroja Devi didakwa cuai sehingga menyebabkan haiwan peliharaannya mencederakan Nurilmi Natrah Mohd Muzri,…

  • Sikap prihatin penghantar makanan terhadap anjing dapat perhatian ramai

    Sikap prihatin penghantar makanan terhadap anjing dapat perhatian ramai

    RAMAI dalam kalangan penghantar makanan atau posmen mempunyai pengalaman buruk apabila berhadapan dengan anjing menyebabkan mereka menjauhi haiwan itu. Namun, bagi seorang penunggang Grab, kisah-kisah sebegitu tidak menjadi penghalang untuk berikan perhatian kepada haiwan berkenaan. Bahkan, kemuliaan hati lelaki itu terhadap haiwan yang sering dipandang negatif segelintir masyarakat itu mendapat pujian netizen yang menontonnya dalam…