Tag: Altantuya
-
Keluarga Altantuya merayu untuk naikkan ganti rugi RM5 juta
KELUARGA model Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu merayu untuk mendapatkan ganti rugi lebih tinggi daripada RM5 juta yang dianugerahkan kepada mereka oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam dalam saman yang mereka failkan berhubung kematiannya pada 2006. Dalam notis rayuan yang difailkan pada 16 Jan tahun ini, keluarga Altantuya membuat rayuan balas terhadap sebahagian daripada keputusan Mahkamah Tinggi…
-
Kes saman Altantuya: Kerajaan,Razak Baginda fail rayuan
KERAJAAN dan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membenarkan saman keluarga model Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu berhubung kematian wanita itu pada 2006. Kerajaan memfailkan notis rayuan di Mahkamah Rayuan Isnin lepas manakala Abdul Razak pada Selasa lalu. Peguam Harshaan Zamani yang mewakili keluarga model itu ketika…
-
Keputusan saman RM100j keluarga Altantuya 16 Disember
KEPUTUSAN kes saman RM100 juta difailkan keluarga model Mongolia, Altantuya Shaariibuu, berhubung kematian wanita itu, akan diketahui pada 16 Disember ini. Peguam bela keluarga terbabit, Sangeet Kaur Deo, berkata keputusan itu akan diputuskan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, menerusi aplikasi Zoom. “Keputusan sepatutnya diputuskan pada 19 Oktober lalu, namun mahkamah…
-
Keputusan kes saman RM100 juta keluarga Altantuya 30 Ogos
MAHKAMAH Tinggi Shah Alam hari ini menetapkan 30 Ogos untuk keputusan kes saman RM100 juta yang difailkan keluarga model Mongolia, Altantuya Shaariibuu, berhubung kematian wanita itu pada 2006. Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, yang kini Hakim Mahkamah Rayuan, menetapkan tarikh itu selepas saksi plaintif dan defendan selesai memberi keterangan. Bapa mendiang, Dr Shaariibuu Setev, ibunya Altantsetseg Sanjaa…
-
Altantuya buat laporan polis, minta cari Razak Baginda jika apa-apa berlaku kepadanya – Saksi
MAHKAMAH Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa wanita warga Mongolia yang mati dibunuh, Altantuya Shaariibuu pernah membuat laporan polis menyatakan ‘sekiranya apa-apa berlaku kepadanya, cari Razak Baginda’, hari yang sama wanita itu hilang hampir 16 tahun lepas. Supt Tonny Anak Lunggan, 42, pegawai penyiasat dalam kes bunuh wanita itu berkata pada 3 Nov 2016 beliau dihubungi melalui…