Tag: Ahli Parlimen

  • Ahli Parlimen sokong tempoh bertenang kempen sehari, bukan 3 hari

    Ahli Parlimen sokong tempoh bertenang kempen sehari, bukan 3 hari

    CADANGAN melanjutkan tempoh bertenang kempen kepada tiga hari sebelum hari pengundian dikritik seorang Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) yang berkata tempoh berkempen ketika ini terlalu singkat. Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, tempoh berkempen 14 hari ketika ini tidak mencukupi dan mahu ia dilanjutkan. Sebaliknya, Ahli Parlimen Hulu Langat, Sany Hamzan…

  • Blok pembangkang kosong, Ahli Parlimen ke Putrajaya sokong Muhyiddin

    Blok pembangkang kosong, Ahli Parlimen ke Putrajaya sokong Muhyiddin

    PERSIDANGAN Dewan Rakyat sesi pagi hari ini menarik perhatian apabila hampir semua kerusi di blok pembangkang kosong tanpa kehadiran ahli-ahli Parlimennya kerana ke Putrajaya untuk memberi sokongan kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin. MalaysiaNow melaporkan ia susulan perkembangan terbaru yang menyaksikan bekas perdana menteri itu dipanggil ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijadualkan pada…

  • Beri peruntukan RM300,000 kepada semua Ahli Parlimen kawasan banjir – Muhyiddin

    Beri peruntukan RM300,000 kepada semua Ahli Parlimen kawasan banjir – Muhyiddin

    TAN Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) mencadangkan supaya kerajaan memberi peruntukan sekurang-kurangnya RM300,000 kepada semua Ahli Parlimen, termasuk pembangkang yang kawasan mereka dilanda banjir. Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, peruntukan terbabit bagi membolehkan bantuan disalurkan segera kepada mangsa banjir di kawasan Parlimen masing-masing. “Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar…

  • Status peruntukan ahli Parlimen pembangkang masih misteri

    Status peruntukan ahli Parlimen pembangkang masih misteri

    AHLI Parlimen pembangkang sekali lagi mendesak kerajaan Persekutuan supaya memberi kepastian status peruntukan pembangunan kepada mereka yang disifatkan masih misteri. Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, dalam kalangan mereka masih tertanya-tanya sama ada akan menerima peruntukan yang sama atau tidak daripada Kerajaan Perpaduan. “Perkara itu masih menjadi misteri sedangkan semasa Perikatan Nasional…

  • Bukan tugas kami bantu Ahli Parlimen bangun kawasan, kata kumpulan peniaga

    Bukan tugas kami bantu Ahli Parlimen bangun kawasan, kata kumpulan peniaga

    SEBUAH kumpulan perniagaan menolak cadangan agar sektor swasta membantu Ahli Parlimen membangunkan kawasan, dengan berkata ahlinya tidak dapat mewajarkan perbelanjaan bagi tujuan itu. Mengulas gesaan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, Setiausaha Agung Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia Chin Chee Seong berkata: “Memperuntukkan dana membantu pembinaan jalan dan jambatan bukan tugas kami. “Apa…

  • Pemotongan peruntukan Ahli Parlimen beri kesan penduduk pedalaman

    Pemotongan peruntukan Ahli Parlimen beri kesan penduduk pedalaman

    PEMOTONGAN peruntukan untuk Ahli Parlimen wajar dikaji semula dengan mengambil kira keperluan penduduk dan kawasan yang pelbagai, terutamanya di kawasan pedalaman. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata sebagai Ahli Parlimen dan ahli Jemaah Menteri, beliau memahami langkah penjimatan kewangan negara oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan memotong peruntukan pembangunan untuk…

  • Kerajaan kurangkan elaun pembangunan ahli Parlimen daripada RM3.8j kepada RM1.3j

    Kerajaan kurangkan elaun pembangunan ahli Parlimen daripada RM3.8j kepada RM1.3j

    PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan terdapat pengurangan elaun pembangunan Ahli Parlimen daripada RM3.8 juta kepada RM1.3 juta. Anwar berkata pengurangan elaun itu bertujuan untuk mengawal kewangan negara dan akan dilaksanakan secara berperingkat. “Elaun tersebut merupakan peruntukan pembangunan Ahli Parlimen, selaras dengan Pejabat Daerah dan Tanah serta Pegawai Pembangunan Negeri disebabkan kekangan ekonomi. “Biarlah…

  • Ahli Parlimen PN akan pantau kementerian – Takiyuddin

    Ahli Parlimen PN akan pantau kementerian – Takiyuddin

    PERIKATAN Nasional (PN) akan melantik beberapa ahli parlimen untuk memantau sesebuah kementerian bagi memastikan gabungan tersebut menjadi pembangkang yang konstruktif dan efektif kepada kerajaan sekarang. Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata peranan PN sebagai pembangkang akan diagihkan dalam kalangan 73 ahli parlimen gabungan tersebut. “Kita mempunyai 73 ahli parlimen…mungkin tiga orang akan ‘incharge’ kepada satu kementerian…

  • Ahli Parlimen UMNO ‘menyepi’ selepas Anwar diangkat jadi PM

    Ahli Parlimen UMNO ‘menyepi’ selepas Anwar diangkat jadi PM

    PIMPINAN dan ahli-ahli Parlimen UMNO yang sebelum ini dilihat menjadi “barisan hadapan” mengkritik presidennya Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tidak lagi bersuara selepas pelantikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.  Perkembangan itu menimbulkan persoalan mengenai pendirian mereka terhadap pembentukan kerajaan antara Barisan Nasional (BN) dan PH bersama parti…

  • Pertemuan Agong dengan pemimpin BN, GPS selesai

    Pertemuan Agong dengan pemimpin BN, GPS selesai

    SESI menghadap antara beberapa pemimpin parti politik dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara selesai setakat tengah hari ini. Pertemuan berkenaan membabitkan tiga pimpinan Barisan Nasional (BN) dan empat pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS). BN diwakili Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Pengerusi, Datuk Seri Mohamad Hasan…