Tag: AADK
-
Bekas askar miliki 5 rekod jenayah ditahan tetak Inspektor polis
SEORANG bekas tentera ditahan selepas menetak pegawai polis berpangkat Inspektor menggunakan dua parang ketika serbuan di sebuah rumah di Kampung Batu Gajah Tanah Merah,Kelantan. Kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 malam kelmarin menyebabkan mangsa cedera pada belakang tapak tangan kiri dan menerima lima jahitan, selain calar pada bahu kanan, Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd…
-
Dadah:Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan
PELAKON dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Kamaludin Md Said membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan akhir Farid Kamil, 41, selaku perayu bagi mengetepikan hukuman penjara sembilan bulan yang dijatuhkan oleh Mahkamah…
-
Inisiatif KSKK kurang stigma,bantu bekas penagih kekal pulih
PELAKSANAAN inisiatif Kelompok Sokongan Keluarga Kepulihan (KSKK) oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) diharap mampu mengurangkan stigma dan membantu mereka yang terjebak dengan penyalahgunaan dadah kekal pulih, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin. Beliau berkata sokongan keluarga terbukti berkesan membantu bekas klien AADK apabila tahap pengekalan kepulihan berjaya ditingkatkan kepada 71 peratus pada September…
-
Terima suapan RM400, bekas Pengarah AADK Melaka didenda RM3,000
BEKAS Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Melaka didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan menerima suapan RM400 untuk kegunaan jabatan empat tahun lalu. Tertuduh, Mohamad Yusof Kameh, 55, dijatuhi hukuman itu selepas membuat pengakuan bersalah atas satu pertuduhan pilihan di hadapan hakim Elesabet Paya Wan. Mengikut pertuduhan kedua, tertuduh yang…
-
Padah merempit dan lumba haram, 92 remaja ditahan di Ipoh
POLIS Perak menahan 92 remaja atas kesalahan lumba haram dalam Op Selamat yang memberi tumpuan kepada samseng jalanan yang dijalankan di beberapa lokasi panas ‘mat rempit’ awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hasan berkata mereka yang ditahan melibatkan 89 lelaki dan tiga perempuan berumur antara 15 hingga 26 tahun dalam operasi bermula…
-
Bekas Pengarah AADK Melaka didakwa terima suapan RM5,900
BEKAS pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Melaka didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas empat pertuduhan menerima suapan wang tunai berjumlah RM5,900. Mohamad Yusof Kameh, 55, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan. Berdasarkan pertuduhan pertama hingga keempat, Mohamad Yusof yang merupakan seorang…
-
KDN mohon RM10 juta untuk aktiviti pulihkan penagih
KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) memohon peruntukan khas RM10 juta melalui Belanjawan 2022 bagi merancakkan aktiviti serta usaha mengekalkan kepulihan bekas penagih dadah di seluruh negara bagi tahun hadapan. Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin menegaskan, perkara itu penting bagi membuktikan bahawa usaha pemulihan adalah tidak mustahil dan boleh dicapai. Sehubungan itu, katanya Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah memperkenalkan inisiatif…