Category: Semasa

  • Anak gagal bayar hutang, ibu bapa diugut along

    Anak gagal bayar hutang, ibu bapa diugut along

    SEPASANG suami isteri hidup dalam ketakutan selepas diugut beberapa pemberi pinjaman wang secara haram atau “along” kerana tindakan anak lelakinya yang gagal membuat bayaran selepas meminjam wang daripada pihak terbabit. Mangsa yang mahu dikenali sebagai Miss Khong, 54, menyatakan dia dan suaminya menerima ugutan termasuk mahu membakar kediaman mereka di Taman Desa Pengkalan selain menyimbah najis ke rumah itu…

  • JKNS nafi murid perempuan meninggal dunia akibat strok haba

    JKNS nafi murid perempuan meninggal dunia akibat strok haba

    JABATAN Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menafikan bahawa kematian seorang murid perempuan di Klang adalah berpunca daripada strok haba seperti yang ditularkan di media sosial. Pengarah Kesihatan Selangor Datuk Dr Sha’ari Ngadiman dalam kenyataan berkata berdasarkan rekod pemeriksaan kanak-kanak berusia 10 tahun itu, beliau telah hadir ke klinik dalam keadaan kritikal dan didiagnos sebagai gastroenteritis akut…

  • Sultan Perak perkenan guru diberi penghormatan baca khutbah Jumaat

    Sultan Perak perkenan guru diberi penghormatan baca khutbah Jumaat

    SULTAN Perak Sultan Nazrin Shah berkenan supaya guru-guru di negeri ini diberi penghormatan membaca khutbah Jumaat hari ini di beberapa masjid sebagai mengiktiraf peranan penting golongan itu kepada negara, bersempena dengan Hari Guru yang akan disambut 16 Mei ini. Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Tan Sri Mohd Annuar Zaini dalam kenyataan…

  • Bekas pemain ragbi Sabah didakwa bunuh adik

    Bekas pemain ragbi Sabah didakwa bunuh adik

    SEORANG bekas pemain ragbi Sabah yang masih aktif bermain untuk sebuah kelab tempatan didakwa di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu atas tuduhan membunuh adik perempuannya minggu lalu. Arden Mattson Maturin, 26, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan. Berita Harian melaporkan tiada pengakuan direkodkan dan Majistret Jessica Ombou Kakayun menetapkan…

  • Tiga dipenjara simbah cat merah, beri notis ugutan

    Tiga dipenjara simbah cat merah, beri notis ugutan

    MAHKAMAH Sesyen Seremban hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama 26 hari terhadap tiga lelaki atas pertuduhan menyimbah cat berwarna merah dan memberi notis berunsur ugutan di rumah dua wanita bulan lalu. Hukuman tersebut dijatuhkan selepas semua mereka mengaku bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Norshila Kamaruddin. Beliau turut berpesan kepada kesemua tertuduh,…

  • Dua lelaki didakwa kes letupan guna alat kawalan jauh

    Dua lelaki didakwa kes letupan guna alat kawalan jauh

    DUA lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan menyebabkan letupan di depan sebuah kedai minggu lalu. Alex Lau, 32, dan Lai Meng Sien, 34, membuat pengakuan itu apabila pertuduhan dibaca kepada mereka di depan Majistret Nur Farahain Roslan, lapor FMT. Kedua-duanya didakwa dengan niat bersama melakukan perbuatan itu di…

  • PGA rampas pistol bersama peluru hidup daripada sekumpulan warga asing

    PGA rampas pistol bersama peluru hidup daripada sekumpulan warga asing

    PASUKAN Gerakan Am (PGA) Batalion 18 merampas sepucuk pistol semi auto bersama peluru hidup daripada sekumpulan warga asing yang cuba masuk tanpa kebenaran ke negara ini. Ketua Polis Daerah Padang Besar ACP Mohd Shokri Abdullah berkata kira-kira 8 malam pada 10 Mei, anggota PGA yang melakukan Rondaan Op Taring Wawasan Kedah/Perlis telah menahan 12 warga asing di…

  • Pengurusan kes rayuan pembebasan Zahid 28 Julai

    Pengurusan kes rayuan pembebasan Zahid 28 Julai

    MAHKAMAH Rayuan menetapkan 28 Julai untuk pengurusan kes bagi rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Datuk Seri Dr Zahid Hamidi daripada 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN). Pengurusan kes untuk rayuan itu dijalankan di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rayuan Nurul Azrina Mohamed Yusof hari ini yang menetapkan tarikh pengurusan kes baharu itu.…

  • Gunalah logo dacing dalam PRN di Pantai Timur-Wan Fayhsal

    Gunalah logo dacing dalam PRN di Pantai Timur-Wan Fayhsal

    KETUA Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mengalu-alukan parti-parti dalam kerajaan perpaduan menggunakan logo Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang di Pantai Timur. “Langkah kerajaan BN-PH menggunakan logo dacing akan memberi kelebihan kepada Perikatan Nasional (PN) untuk menyapu bersih kerusi-kerusi di sana. “Kami alu-alukan strategi tersebut.…

  • Pendengaran kes Sultanah-Sarawak Report pada 22 September

    Pendengaran kes Sultanah-Sarawak Report pada 22 September

    MAHKAMAH Rayuan menetapkan 22 September untuk mendengar rayuan Terengganu Sultanah Nur Zahirah dalam saman fitnahnya terhadap pengasas laman pendedah maklumat Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown. Peguam diraja Terengganu, Datuk Mohd. Haaziq Pillay ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan, lapor Malaysiakini. Pada 31 Oktober tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak tindakan sivil sultanah terhadap kenyataan dalam buku…