Category: Semasa
-
Ancaman bom palsu di pusat beli belah di Ipoh, polis tahan suspek di Kampar
POLIS menahan seorang lelaki yang disyaki membuat ancaman bom palsu melalui e-mail di sebuah pusat membeli belah di sini, petang semalam. Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata, suspek ditahan kira-kira jam 11.30 malam tadi di rumahnya di Kampar dan polis turut merampas sebuah alat komunikasi yang digunakannya. Menurutnya, warga tempatan berusia 43 tahun…
-
Duit ‘hilang’ dalam akaun bank di Johor meningkat 7 kali ganda
KES membabitkan kehilangan wang daripada akaun bank di Johor setakat kelmarin meningkat tujuh kali ganda membabitkan 173 kes berbanding 23 dicatatkan tahun lalu. Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kes jenayah siber itu membabitkan jumlah kerugian tinggi iaitu RM4.5 juta berbanding RM500,000 dalam tempoh sama. “Siasatan mendapati kes wang berkurangan dari akaun bank…
-
Cemar Sungai Gong: Dua beranak dilepas, dibebaskan
MAHKAMAH Sesyen Selayang hari ini membebaskan dan melepaskan dua pengarah syarikat membaiki dan menjual jentera pembinaan atas pertuduhan melepas dan melupuskan bahan buangan mengandungi bahan berbahaya tanpa lesen ke Sungai Gong, Rawang tiga tahun lalu. Hakim Osman Affendi Mohd. Salleh memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Chai Kin Sang,…
-
MB nafi wujud usaha jatuh kerajaan, 32 ADUN Perak masih beri sokongan
MENTERI Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menafikan kerajaan negeri goyah sebaliknya mendakwa masih kuat stabil dan stabil. Malah beliau juga mendakwa kerajaan pimpinannya semakin kukuh dengan dengan sokongan 32 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). “Saya dan rakan-rakan Exco dan semua ADUN kerajaan hari ini sebulat suara menyatakan komitmen untuk terus mendukung kestabilan dalam kerajaan…
-
Wahid Satay meninggal dunia
SENIMAN legenda, Wahid Satay menghembuskan nafas terakhir pada usia 93 tahun di Singapura, kira-kira jam 8 pagi ini. Berita pemergiannya disahkan teman rapat arwah, Rusedah Tawahid di Singapura. “Saya mendapat perkhabaran arwah meninggalkan dunia, pagi ini. “Seperti yang diketahui, arwah memang uzur, keadaannya juga agak lemah akibat sakit tua. “Namun saya tidak dapat memastikan punca…
-
Kehadiran luar biasa isyarat awal perubahan di Selangor – Muhyiddin
KEHADIRAN orang ramai dalam jumlah luar biasa ke Rumah Terbuka Aidilfitri Perikatan Nasional (PN) di Shah Alam malam tadi isyarat awal perubahan yang mahu dilakukan rakyat di negeri ini. Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sambutan luar biasa itu juga memberi gambaran apabila sampai pilihan raya negeri (PRN) nanti, Selangor akan PN tawan. “Melihat…
-
Operasi SAR Muhammad Hawari mungkin sukar jika terjatuh di kaki Gunung Lhotse
PASUKAN mencari dan menyelamat (SAR) pendaki Orang Kurang Upaya (OKU) pendengaran Muhammad Hawari Hashim, 33, yang dilaporkan hilang di kawasan pergunungan Everest, berkemungkinan berhadapan kesukaran, sekiranya beliau terjatuh di kawasan kaki Gunung Lhotse. Rakyat Malaysia pertama menjejakkan kaki di puncak Gunung Everest Datuk M. Magendran berkata lereng Gunung Lhotse sangat curam, dan sekiranya pendaki tergelongsor, mereka boleh…
-
Polis Narathiwat gagalkan cubaan seludup ‘ice’ lebih 900kg ke Malaysia
POLIS Narathiwat menggagalkan cubaan menyeludup hampir satu tan metrik dadah jenis ‘ice’ atau kristal methamphetamine bernilai hampir 350 juta baht di Narathiwat, selatan Thailand. Ketua Polis Narathiwat, Mej Jen Anuruth Imarb berkata, dalam kejadian kira-kira 2.30 petang (waktu tempatan) pada 18 Mei, polis turut menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 40 tahun yang dipercayai ‘runner’…
-
Parah kena 50 peluru bebola, seorang lelaki ditahan
SEORANG lelaki ditahan polis selepas tertembak rakannya dengan peluru penabur sehingga cedera parah ketika memburu di hutan Rasil, Hulu Besut dekat Jertih awal pagi semalam. Ketua Polis Besut Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata lelaki berusia 38 tahun itu dipercayai tertembak mangsa berusia 32 dalam kejadian antara 12 tengah malam dan 1 pagi, ketika mereka…
-
Pelukis pelan mengaku tak salah muat naik hantaran hina Islam
SEORANG pelukis pelan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini kerana memuat naik kenyataan jelik menghina agama Islam. Tertuduh, Muhammad Firdaus Embong, 39, yang juga Orang Kena Saman (OKS) membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman, lapor Berita Harian. Mengikut pertuduhan, OKS secara sedar telah membuat dan memulakan…