Category: Semasa

  • KLIA kembali meriah

    KLIA kembali meriah

    BALAI Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kembali meriah apabila ia dipenuhi dengan para penumpang yang mengambil kesempatan untuk melancong ke Pulau Langkawi susulan pembukaan semula pusat pelancongan itu di bawah projek rintis gelembung pelancongan bermula Khamis. Tinjauan Bernama di KLIA mendapati seawal 5 pagi, Aras 5 di kawasan itu sudah mula dibanjiri penumpang…

  • [VIDEO] Kejayaan Langkawi tanda aras pembukaan destinasi pelancongan lain – Muhyiddin

    [VIDEO] Kejayaan Langkawi tanda aras pembukaan destinasi pelancongan lain – Muhyiddin

    KEJAYAAN pembukaan gelembung pelancongan pulau Langkawi diharap menjadi titik permulaan kepada lebih banyak pembukaan destinasi gelembung pelancongan negara dengan selamat dan teratur. Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kejayaan gelembung pelancongan Pulau Langkawi bakal menjadi penanda aras kepada pembukaan destinasi-destinasi pelancongan lain dalam masa terdekat. “Saya berharap semua yang terlibat dalam…

  • 1MDB: KPMG bayar kerajaan penyelesaian RM333 juta

    1MDB: KPMG bayar kerajaan penyelesaian RM333 juta

    FIRMA audit KPMG telah bersetuju dengan penyelesaian bernilai RM333 juta (AS$80 juta) bagi memenuhi semua tuntutan yang berkaitan dengan tanggungjawab fidusiari mereka dalam pengauditan akaun 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk tempoh 2010 hingga 2012. Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata, perkembangan itu membuktikan tekad kerajaan untuk meneruskan segala usaha pemulihan terhadap semua pihak yang terlibat…

  • KKMM pastikan pedalaman Sabah ada internet – Annuar

    KKMM pastikan pedalaman Sabah ada internet – Annuar

    KEMENTERIAN Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan memastikan setiap rakyat, khususnya di Sabah, mempunyai akses kemudahan internet meskipun tinggal jauh di kawasan pedalaman. Menterinya, Tan Sri Annuar Musa, berkata akses internet adalah hak bagi setiap individu, malah dalam keadaan situasi semasa internet amat penting bagi anak-anak yang sedang mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). “Kalau…

  • Lima individu dikesan positif Covid-19 di pintu masuk Langkawi

    Lima individu dikesan positif Covid-19 di pintu masuk Langkawi

    Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN KETUA Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memberitahu, lima individu dikesan positif Covid-19 di pintu masuk udara dan laut ke Pulau Langkawi, hari ini. Seramai 3,200 pelancong tiba di Langkawi melalui jalan udara dan laut pada hari ini sempena hari pertama pelancaran Projek Rintis Gelembung Pelancongan Langkawi. – SB

  • PKPD di enam lokaliti di Sabah, Kelantan, Pahang tamat esok

    PKPD di enam lokaliti di Sabah, Kelantan, Pahang tamat esok

    Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ditamatkan di enam lokaliti di Sabah, Kelantan dan Pahang berkuat kuasa esok. Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md. Saad berkata, PKPD itu ditamatkan seperti yang dijadualkan. Jelasnya, penamatan tersebut membabitkan dua lokaliti di Taman Keramat dan Angkasa Apartment, Kota Kinabalu, Sabah. “Selain itu…

  • Seorang bakal pelancong ke Langkawi dikesan positif Covid-19

    Seorang bakal pelancong ke Langkawi dikesan positif Covid-19

    SEORANG bakal pelancong ke Langkawi telah dikesan positif Covid-19 selepas ujian pengesanan dijalankan dan menjalani ujian jaringan susulan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. Perkara tersbut dimaklumkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong dalam hataran di Facebook rasminya selepas melakukan tinjauan proses ujian Kit Ujian Pantas (RTK) Antigen pengesanan Covid-19 terhadap…

  • Sultan Sharafuddin seru seluruh rakyat bersatu padu

    Sultan Sharafuddin seru seluruh rakyat bersatu padu

    Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN SULTAN Sharafuddin Idris Shah Alhaj menyeru seluruh rakyat tanpa mengira kaum, agama dan bangsa agar dapat bersatu padu. Titah Sultan Selangor, ini bagi membina negara bangsa yang maju serta hidup dalam suasana harmoni. Menerusi hantaran di laman Facebook Selangor Royal Office pada Khamis, Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri…

  • Meja makan dilukis logo kemerdekaan ke-64

    Meja makan dilukis logo kemerdekaan ke-64

    Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN SEORANG penduduk Kampung Simpang 5 Darat, Bukit Gambir, Tangkak sanggup menjadikan meja makan di rumahnya sebagai papan tanda dilukis logo kemerdekaan ke-64 semata-mata untuk menzahirkan semangat patriotik dalam keluarganya. Mohamed A. Rahman, 53, berkata, idea itu tercetus ketika menghias halaman rumahnya dengan memasang bendera Jalur Gemilang untuk meraikan sambutan Hari Kebangsaan,…

  • Lebih 4,000 kunjungi Tasik Kenyir dalam tempoh 15 hari dibuka

    Lebih 4,000 kunjungi Tasik Kenyir dalam tempoh 15 hari dibuka

    Oleh MOHD. LAZIM ENDUT WALAUPUN pergerakan para pelancong khususnya dari luar Terengganu masih lagi ‘tersekat’, namun orang ramai tetap menjadikan Tasik Kenyir, di Hulu Terengganu sebagai destinasi percutian pilihan di negeri ini. Ini terbukti, apabila seramai 4,582 telah mengunjungi tasik berkenaan dalam tempoh 15 hari selepas ia dibuka semula kepada orang ramai sejak 1 September…