Category: Semasa

  • Lans Koperal wanita didakwa miliki air ketum

    Lans Koperal wanita didakwa miliki air ketum

    SEORANG anggota polis wanita berpangkat Lans Koperal bersama empat rakannya dihadapkan ke Mahkamah Majistret kota Bharu, Kelantan hari ini atas dua pertuduhan memiliki air ketum. Beliau yang juga merupakan ibu tunggal dua anak, Raja Rozalia Fadila Raja Mamat, 30, didakwa bersama rakan-rakannya iaitu Muhammad Faries Aizat Ruslan, 23, pekerja kedai kosmetik; Anis Nagiehah Muhammad Anggelan,…

  • Bekas pengarah urusan kemuka tuntutan palsu RM8 juta ditahan

    Bekas pengarah urusan kemuka tuntutan palsu RM8 juta ditahan

    Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang bekas pengarah urusan sebuah syarikat teknologi maklumat (IT) bagi membantu siasatan kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu berjumlah hampir RM8 juta. Menurut sumber, suspek lelaki yang berusia 59 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Johor, Johor Bahru pada pukul 11 pagi tadi selepas hadir…

  • KPDNHEP serbu stesen minyak seleweng minyak subsidi

    KPDNHEP serbu stesen minyak seleweng minyak subsidi

    KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyerbu sebuah stesen minyak dipercayai melakukan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi di Klang. Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP, Azman Adam berkata, serbuan tersebut dilakukan pada pukul 10 malam, 7 April lalu . “Ketika serbuan terdapat sebuah lori tangki sedang mengisi minyak diesel di dalam tangki simpanan di…

  • COVID: Kes turun bawah paras 10,000 semalam

    COVID: Kes turun bawah paras 10,000 semalam

    KES harian COVID-19 di seluruh negara mencatatkan penurunan untuk hari kesembilan dengan bawah 10,000 kes dicatatkan apabila sebanyak 8,112 kes dilapor semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Sebelum ini kes positif harian turun kepada 10,177 kes pada 9 April berbanding 14,944 kes pada 8 April. Pada 7 April negara mencatat…

  • Doktor diperdaya hampir RM200,000

    Doktor diperdaya hampir RM200,000

    SEORANG doktor rugi hampir RM200,000 selepas diperdaya dengan tawaran kerja sambilan yang diiklankan dalam Facebook pada Jumaat lalu. Mangsa berusia 29 tahun sebelum itu berkenalan dengan seorang individu yang dikenalinya melalui laman sosial Instagram. Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan, Superitendan Aibee Abd Ghani, individu terbabit menawarkan satu pekerjaan sambilan secara digital marketing.…

  • 1MDB: Keadilan masih belum ditegakkan, kata Anwar

    1MDB: Keadilan masih belum ditegakkan, kata Anwar

    PRESIDEN PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpandangan, keadilan masih belum ditegakkan dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) walaupun bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng telah didapati bersalah oleh mahkamah New York. Beliau berkata, kenyataan para saksi sepanjang perbicaraan tersebut hanya mengungkapkan kesalahan dan peranan banyak orang. Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata,…

  • Lelaki didakwa cubaan bunuh anggota polis selepas rempuh sekatan jalan raya

    Lelaki didakwa cubaan bunuh anggota polis selepas rempuh sekatan jalan raya

    Oleh WARTAWAN SATU BERITA SEORANG lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Georgetown, Pulau Pinang hari ini atas pertuduhan cubaan membunuh seorang anggota polis dalam kejadian di sekatan jalan raya di Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu pada 3 April lalu. Tertuduh, Muhammad Luqman Hakim Mohd. Shukri, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya…

  • [VIDEO] Definisi lompat parti mesti jelas, jangan zalimi Ahli Parlimen – Muhyiddin

    [VIDEO] Definisi lompat parti mesti jelas, jangan zalimi Ahli Parlimen – Muhyiddin

    TAN Sri Muhyiddin Yassin bimbang kemungkinan undang-undang baharu berkaitan anti lompat parti disalahgunakan pihak tertentu untuk agenda peribadi dan menzalimi Ahli Parlimen (AP) atau Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun). Berikutan itu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) ini mendesak Pindaan Undang-Undang Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini dibawa ke Jawatankuasa Pilihan Khas…

  • Polis kesan sindiket bawa PATI guna MPV mewah

    POLIS mengesan satu sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah untuk membawa masuk dan keluar mereka melalui jalan tidak diwartakan. Pihak polis sudah mempunya maklumat berhubung modus operandi yang digunakan sindiket itu dan akan melalukan pemantauan serta berkongsi risikan bersama pasukan Cawangan Khas dan lain-lain Kontinjen. Pengarah Jabatan…

  • MetMalaysia keluarkan amaran kategori pertama ribut tropika Megi

    MetMalaysia keluarkan amaran kategori pertama ribut tropika Megi

    JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama di kawasan perairan timur Condore, Reef North, Layang-Layang, Labuan, Palawan dan Sulu. Menurut kenyataan MetMalaysia yang dikeluarkan pada 10 pagi ini, keadaan tersebut boleh menyebabkan angin kencang di kawasan perairan Sabah. Ribut tropika Megi itu berada di kedudukan kira-kira 144 km ke barat…