Category: Semasa
-
Video tular tunggang basikal lajak secara berbahaya video lama – Polis
POLIS hari ini menjelaskan video tular membabitkan sekumpulan penunggang basikal lajak yang menunggang secara berbahaya di Facebook ‘We are Malaysians’, semalam, merupakan video lama. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, semakan oleh polis terhadap video berdurasi lapan saat itu mendapati kejadian sebenar adalah pada sekitar 2016. “Hasil semakan juga mendapati kegiatan penunggang basikal lajak…
-
Polis kesan suspek cuba larikan pelajar di Penampang
POLIS Sabah sedang giat mengesan seorang suspek membabitkan kejadian mengganggu dan cubaan melarikan seorang pelajar perempuan sekolah menengah di daerah Penampang. Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, pihaknya menerima maklumat selepas kejadian itu dimuat naik di media sosial sehingga tular baru-baru ini. “Pihak polis Penampang mengesahkan telah menerima laporan berhubung kes…
-
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam letupan paip gas dan kemalangan bas di Mesir
TIADA rakyat Malaysia yang terkesan dalam dua insiden di Mesir iaitu letupan besar saluran paip gas di Nasr City, Kaherah pada Khamis dan kemalangan melibatkan sebuah bas di Aswan pada Rabu. Kementerian Luar Negeri dalam mengesahkan hal in berkata, Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah telah berhubung dengan rakyat Malaysia, terutamanya pelajar-pelajar yang menginap di sekitar…
-
Kontak rapat tidak lagi perlu kuarantin – Khairy Jamaluddin
INDIVIDU yang menjadi kontak rapat kepada mereka yang positif Covid-19 tidak lagi perlu menjalani kuarantin kendiri bermula 22 April ini. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, perkara itu hanya terpakai sekiranya kontak rapat itu tidak mempunyai sebarang gejala. “Sekarang kontak rapat tidak perlu menjalani kuarantin seperti sebelum ini. “Sebelum ini hanya kontak rapat yang lengkap vaksinasi…
-
Guru dinasihat guna TikTok untuk belajar, bukan popularkan diri – NUTP
KESATUAN Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menasihati golongan pendidik agar menggunakan aplikasi TikTok bagi tujuan pembelajaran dan bukan untuk mempopularkan diri. Presiden NUTP Aminuddin Awang berkata pihaknya menyokong penuh penggunaan media sosial khususnya TikTok jika ia digunakan bagi tujuan pembelajaran namun bukan secara langsung di dalam kelas secara bersemuka. “Penggunaan media sosial khususnya secara langsung semasa waktu bertugas rasmi adalah sesuatu yang…
-
Lelaki bertuala ditemui mati di tepi jalan raya
MAYAT lelaki yang hanya mengenakan tuala ditemukan dipercayai digilis kenderaan di Kilometer 19, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, Gerik pukul 8 pagi tadi. Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, mangsa dipercayai digilis kenderaan berat dan mayatnya ditemui orang awamdengan kesan kecederaan parah. “Keputusan bedah siasat dijalankan di Unit Forensik Hospital Gerik mendapati,…
-
Polis tahan Fahmi Reza, dipercayai satira hina institusi raja
POLIS menahan aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza dan melakukan soal siasat berkenaan lakaran satira yang dipercayai menghina institusi diraja. Perkara itu dimaklumkan beliau dalam satu ciapan di Twitter miliknya hari ini. Katanya, kertas siasatan tersebut akan dibuka di bawah Akta Hasutan dan perkara tersebut diketahui apabila beliau mendapat satu panggilan telefon dari pejabat polis…
-
Bella dipaksa makan 80 cili seminggu
MAHKAMAH Sesyen Kuala Lumpur hari ini diberitahu, remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun dikenali Bella diberi makan 20 biji cili padi selama beberapa kali seminggu oleh pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd. Razali. Selain itu mahkamah mendengar keterangan bahawa remaja itu tidak dibenarkan minum air selama beberapa hari kerana tidak mendengar cakap Siti Bainun,…
-
Kerajaan Persekutuan, Sabah setuju amaun pemberian khas dinaikkan
AMAUN pemberian khas baharu kepada Sabah dinaikkan sebanyak 4.7 kali ganda daripada RM26.7 juta kepada RM125.6 juta bagi tahun 2022, menurut kenyataan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor. Amaun berkenaan akan terus meningkat setiap tahun bagi tempoh 2023-2026, mengikut kadar kenaikan yang dipersetujui bersama. Kenyataan…
-
Sam Ke Ting fail rayuan, mohon tangguh hukuman penjara
SAM Ke Ting yang dijatuhi hukuman enam tahun penjara dan denda RM6,000 atas kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bahru itu. Memetik laporan FMT, peguamnya, Muhammad Faizal Mokhtar berkata, kedua-dua notis usul kebenaran merayu dan penangguhan pelaksanaan hukuman difailkan hari ini melalui…