Category: Mahkamah
-
Pegawai AADK didakwa sebabkan kematian seorang lelaki
SEORANG pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) hari ini didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki pada Julai lepas. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Md Ilyas Syahmi Ibnu, 34, yang hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Anis Suraya Ahmad. Mengikut pertuduhan, Md Ilyas Syahmi yang bertugas di AADK Kuala Muda didakwa dengan sengaja…
-
Bekas kakitangan kerajaan dan kenalan didakwa seludup warga Indonesia
BEKAS kakitangan kerajaan berstatus kontrak dan seorang kenalan wanitanya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini atas pertuduhan menyeludup tujuh warga Indonesia. Jafperi Noor, 54, dan Rohani, 49, warga Indonesia masing-masing mengaku tidak bersalah, selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob. Mereka didakwa bersama-sama telah menjalankan penyeludupan migran terhadap enam lelaki…
-
Pembantu operasi didakwa buat tuntutan palsu ketika bertugas di HSA
Oleh RAHIMI MOHAMAD SEORANG wanita yang juga pembantu operasi sebuah hospital kerajaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas empat pertuduhan memperdaya dengan melakukan tuntutan palsu melibatkan jumlah RM7,050 pada 2018. Bagaimanapun, Zuraiha Zakri, 38, mengaku tidak bersalah ke atas semua empat pertuduhan tersebut yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Datuk Ahmad…
-
Pandu lawan arus: pegawai pemasaran didakwa bunuh dua remaja
SEORANG pegawai pemasaran syarikat swasta yang memandu secara melawan arus sehingga menyebabkan kematian dua remaja didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini atas dua pertuduhan membunuh. K. Devaaswin, 24, didakwa membunuh Nur Afiqah Abdul Karim, 18, dan Muhammad Hafiz Syamir Dzul Asri, 19, di Kilometer (KM) 8.6 Lebuhraya Persekutuan arah Klang ke Kuala Lumpur, di Shah Alam pada…
-
4 warga Bangladesh, seorang wanita tempatan didakwa culik dan minta tebusan
EMPAT warga Bangladesh dan seorang wanita tempatan didakwa di Mahkamah Majistret Kajang, Selangor hari ini atas pertuduhan melarikan seorang lelaki warga Bangladesh dan meminta wang tebusan sebanyak 1 Juta Taka Bangladesh (kira-kira RM50,000), Ogos lepas. Mereka ialah pasangan suami isteri, Josim, 32, dan Faridah Jeya Sly Ramesh, 27, (wanita tempatan); Md Raihan Hosen, 28; Miah Soraf, 33, serta…
-
Guru didakwa 32 pertuduhan seks luar tabii, amang seksual
Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN SEORANG guru dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Teluk Intan hari ini atas 32 pertuduhan melakukan seks luar tabii dan amang seksual fizikal terhadap tujuh pelajar lelaki pada tahun lalu. Tertuduh, Mohd Faizal Amir, 32, yang bertugas di sebuah sekolah menengah di Tapah mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim…
-
SEORANG ahli perniagaan bergelar Datuk dan isterinya mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menjadikan empat rumah milik mereka di Rawang sebagai tempat perjudian pada Julai lalu. Tertuduh, Liow Lian Keong, 40 dan isteri, Chen Lye Kuen, 41, yang didakwa di Mahkamah Majistret Selayang hari ini, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan majistret…
-
Lelaki didenda RM2,500 kerana hina polis menerusi Facebook
SEORANG lelaki didenda RM2,500 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana membuat dan memulakan komunikasi jelik yang menghina Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Facebook miliknya. Hakim M. M Edwin Paramjothy menjatuhi hukuman itu ke atas Ahmad Mu’min Othman, 34, selepas dia mengaku bersalah melakukan kesalahan itu melalui Facebook menggunakan nama profil…
-
Reman lelaki pandu lawan arus disambung tiga hari
TEMPOH reman terhadap seorang lelaki yang memandu kenderaan pacuan empat roda secara melawan arus hingga menyebabkan kematian dua individu di Lebuhraya Persekutuan, dekat sini, 12 September lepas, disambung tiga hari lagi. Perintah reman dikeluarkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam, Norliza Hussin selepas membenarkan permohonan polis bagi melanjutkan siasatan terhadap lelaki berusia 24 tahun itu bermula esok hingga 20 September.…
-
10 didakwa kes palsukan sijil vaksin Covid-19
SERAMAI 10 individu sudah dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan memalsukan sijil vaksinasi, setakat ini. Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said memaklumkan daripada jumlah itu, seorang individu didapati bersalah atas pertuduhan berkenaan. “Berdasarkan pecahan mengikut negeri, seorang individu terbabit di Kelantan, Melaka (dua), Sarawak (empat), Perak (satu) dan Sabah (dua). “Seorang…