Category: Mahkamah
-
[VIDEO] Wang RM1.1 juta dikutip daripada rakan-rakan Ahmad Maslan
WANG sebanyak RM1.1 juta yang digunakan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan bagi membayar kompaun dikutip menerusi bantuan dan pinjaman daripada rakan-rakannya. Perkara tersebut dimaklumkan peguan Ahmad, Tetuan Shahrul Hamidi & Haziq dalam satu kenyataan hari ini. “Untuk makluman, jumlah kompaun yang dibayar iaitu RM1.1 juta adalah bantuan dan pinjaman daripada rakan-rakan yang telah…
-
Ahmad Maslan bebas, bayar kompaun RM1.1 juta
SETIAUSAHA Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan dibebaskan atas dua pertuduhan di Mahkamah Tinggi selepas bersetuju membayar kompaun berjumlah RM1.1 juta semalam. Beliau sebelum ini didakwa kerana tidak mengisytiharkan RM2 juta yang diterima daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan memberi pernyataan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah…
-
Saman 1MDB: Anak tiri Najib diarah fail pembelaan sebelum 25 Oktober
MAHKAMAH Tinggi di sini mengarahkan Riza Shahriz Abdul Aziz, anak tiri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya memfailkan pernyataan pembelaan bagi saman AS$248 juta terhadapnya. Saman itu difailkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan tiga subsidiarinya terhadap Riza Shahriz dan dua syarikat miliknya berkaitan atas dakwaan salah guna dana bagi membiayai penerbitan filem…
-
Warga emas mengaku salah laku amang seksual
SEORANG warga emas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak perempuan rakannya sendiri, tahun lalu. Tertuduh berusia 61 tahun yang juga seorang buruh membuat pengakuan tersebut sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin. Mengikut pertuduhan kes, warga emas tersebut didakwa melakukan amang seksual…
-
Pertuduhan pengubahan wang haram Ketua UMNO Bayan Baru disebut semula 3 November
Oleh WARTAWAN SATU BERITA MAHKAMAH Sesyen Butterworth, Pulau Pinang hari ini menetapkan 3 November ini sebagai tarikh sebutan semula bagi 164 pertuduhan kes pengubahan wang haram berjumlah RM20.22 juta melibatkan Ketua UMNO Bahagian Bayan Baru, Datuk Mansor Musa, 58. Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid menetapkan tarikh itu bagi pengurusan kes selepas menerima permohonan pihak pendakwaan…
-
Lawatan ke New Zealand: Santhara saman Prabkaran
AHLI Parlimen Segamat Datuk Seri Dr Santhara Kumar memfailkan saman terhadap Ahli Parlimen Batu P. Prabkaran yang didakwa mengeluarkan kata-kata fitnah berhubung lawatan beliau ke New Zealand ketika pandemik COVID-19. Santhara Kumar, 50, memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi di sini menerusi Tetuan N. Krishnan Nair & Co pada 23 Jun lepas dan menamakan Prabkaran, 25, sebagai defendan…
-
Dua banduan didakwa sebabkan kematian rakan
DUA banduan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian rakan sepenjara mereka dengan memukulnya sehingga cedera di kepala dan anggota badan, bulan lepas. Adura Mustaffa, 39, dan Azizul Danial Muhammad, 35, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersama-sama telah menyebabkan kematian Hamiddi Kamaruddin, 48, dengan niat menyebabkan kecederaan tubuh badan yang mungkin…
-
‘Coklat’, bukan mahu kenakan Guan Eng – saksi
MAHKAMAH Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa mesej WhatsApp di antara kontraktor projek terowong dasar laut Pulau Pinang, Datuk Zarul Ahmad Mohd. Zulkifli dan ahli perniagaan, G. Gnanaraja tidak menujukkan bahawa mereka mahu mengenakan Lim Guan Eng. Pegawai Penyiasat Bahagian Forensik Teknologi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wan Mohd. Firdaus Wan Yusof, 33, berkata, hasil…
-
Jenayah terancang: 22 lelaki tidak mengaku anggotai Geng Sakai
SERAMAI 22 lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai ‘Geng Sakai’ di antara Januari 2015 dan Jun 2021. Mereka ialah Rosli Sahak (dipercayai ketua kumpulan itu yang digelar Sakai), A Ravindran, A Uthayakumar, S Sathiaseelan, T Kumar, A Kumaresan, N Tanasilan, Thirumal Raj,…
-
Keputusan kes SUV terjunam bawah Jambatan Pulau Pinang Rabu depan
Oleh WARTAWAN SATU BERITA NASIB seorang pemuda yang terlibat dengan kemalangan sehingga menyebabkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) terjunam ke bawah Jambatan Pulau Pinang yang menggemparkan negara dua tahun lalu akan diketahui Rabu depan. Keputusan ke atas M. Vaitheswaran, 23, itu sepatutnya dijatuhkan di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Pulau Pinang hari ini namun ditetapkan Rabu…