Category: Mahkamah
-
Penambahan Mahkamah Jenayah seksual kanak-kanak satu keperluan
PENAMBAHAN Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-Kanak (JSKK) adalah satu keperluan memandangkan terdapat peningkatan kes yang tinggi direkodkan di setiap negeri. Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Wanita dan Kanak-kanak dan Pembangunan Sosial Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata berikutan itu, satu permohonan untuk membuat kunjungan hormat kepada Ketua Hakim Negara akan dibuat bagi berbincang dan mencari…
-
Bunuh gengster: Bekas pelajar kolej terlepas tali gantung
SEORANG bekas pelajar kolej terlepas tali gantung selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Selasa mengenepikan sabitan dan hukumannya bagi kesalahan membunuh seorang gengster. Panel tiga hakim diketuai Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, dalam keputusan sebulat suara, melepas dan membebaskan P. Dhivyaprabu selepas memutuskan bahawa sabitan terhadapnya bagi kesalahan membunuh adalah tidak selamat. Beliau berkata, pengecaman Dhivyaprabu…
-
Kes bunuh Zulfarhan: nasib 18 penuntut UPNM diputuskan 2 November ini
NASIB 18 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didakwa membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain empat tahun lepas, akan diketahui pada 2 November depan. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah menetapkan tarikh itu selepas selesai mendengar hujahan pihak pembelaan dan pendakwaan di akhir kes pembelaan. “Selepas mengambil kira…
-
Geng Nicky: 14 individu dilepaskan tanpa dibebaskan
MAHKAMAH Tinggi Shah Alam hari ini melepas tanpa membebaskan 14 individu termasuk empat warganegara China serta dua adik kepada ahli perniagaan yang masih diburu, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee daripada tuduhan terbabit dalam kumpulan jenayah terancang yang dikenali sebagai ‘Geng Nicky’. Dua tertuduh yang merupakan adik Nicky adalah Datuk Liow Wei Kin dan Datuk…
-
Keputusan rayuan anak Mat Sabu sabitan kes dadah 27 Oktober ini
MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 27 Oktober untuk keputusan rayuan anak bekas Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, Ahmad Saiful Islam bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lapan bulan kerana penyalahgunaan dadah. Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan peguam Nasar Khan yang mewakili Ahmad Saiful Islam, 33, dan Timbalan Pendakwa Raya Izalina…
-
Jho Low hadir mesyuarat khas Lembaga Pengarah 1MDB – Saksi
MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low menghadiri mesyuarat khas Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 26 Sept 2009. Bekas setiausaha syarikat 1MDB Lim Poh Seng, 50, berkata mesyuarat yang dipengerusikan Tan Sri Mohd Bakke Salleh itu, turut dihadiri Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin, Datuk Shahrol Azral…
-
Peraih ikan sebabkan kematian akibat mabuk dikenakan bon kelakuan baik
SEORANG peraih ikan hari ini dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun dan denda RM8,000 oleh Mahkamah Tinggi di sini kerana memandu dalam keadaan mabuk dan melawan arus sejauh tujuh kilometer sehingga menyebabkan kematian seorang kakitangan Alam Flora. Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz menjatuhkan hukuman itu terhadap Teoh Kian Peng, 43, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan. Sebelum…
-
Peguam Negara terima kertas siasatan kehilangan wang USD6.94 juta
JABATAN Peguam Negara (AGC) telah menerima kertas siasatan berhubung kes berkaitan kehilangan wang US$6.94 juta daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). AGC dalam kenyataan hari ini memaklumkan Bahagian Pendakwaan Pejabat Peguam Negara telah menerima kertas siasatan berkaitan kes berkenaan semalam. “Bahagian pendakwaan akan mengkaji dengan teliti dan menyeluruh kertas siasatan tersebut sebelum membuat keputusan sama ada…
-
Pengasuh didakwa cuba bunuh bayi lelaki berusia tujuh bulan
SEORANG pengasuh wanita didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini atas pertuduhan cuba membunuh seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan, minggu lepas. Nursahidah Amran, 22, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norita Mohd Ardani. Mengikut kertas pertuduhan, Nursahidah didakwa telah menghentak dan menyebabkan kecederaan pada kepala mangsa yang tertuduh mengetahui perbuatan tersebut…
-
Ahmad pernah ditawar kompaun, tetapi pilih bicara – SPRM
AHLI Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan pernah ditawarkan kompaun pada Oktober 2019 namun beliau memilih untuk dibicarakan di mahkamah ketika itu. Perkara itu dijelaskan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan media, hari ini. “Sehubungan itu, beliau dituduh dengan dua pertuduhan di bawah Seksyen 4(1) dan Seksyen 32(8)(c) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan…