Category: Jenayah
-
Op Benteng COVID: PGA7 rampas barang seludup RM6.3 juta
BATALION 7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) berjaya merampas pelbagai barangan bernilai lebih RM6.3 juta menerusi 132 kes penyeludupan sepanjang penugasan Op Benteng COVID di sempadan Malaysia-Thailand sejak 16 September lepas hingga hari ini. Pegawai Pemerintah PGA7 Superintendan Azhari Nusi berkata penugasan selama sebulan itu turut menahan 113 individu yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dan jenayah rentas…
-
Anggota polis ditemukan maut dalam kereta
Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN SEORANG anggota polis berpangkat Lans Koperal yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar ditemukan maut selepas dipercayai menembak diri sendiri dalam kejadian di Jalan Abdullah, Muar hari ini. Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya mengetahui kejadian tersebut selepas anggota yang berusia 29 tahun itu menghantar…
-
Lelaki Myanmar maut ditikam rakan ketika mabuk
SEORANG lelaki warga Myanmar maut selepas dipercayai ditikam ketika mabuk bersama-sama tiga rakan senegaranya dalam kejadian di sebuah kilang di Mahsan, hari ini. Dalam kejadian pada pukul 1 pagi itu, mangsa, Moe Naing, 36, dipercayai meninggal dunia di lokasi selepas mengalami kecederaan parah akibat ditikam di beberapa bahagian badan. Pemeriksaan di kilang tempat kejadian mendapati…
-
Bomoh rogol pesakit ketika rawatan tradisional
POLIS menahan seorang bomoh berusia 67 tahun selepas didakwa merogol seorang wanita berusia 23 tahun, ketika proses rawatan tradisional dalam kejadian di rumah suspek di Kampung Tendong, Kelantan, pada Jumaat lepas. Difahamkan, dalam kejadian pukul 3 petang itu mangsa bersama ibu dan bakal suaminya, telah ke rumah suspek untuk mendapatkan rawatan tradisional. Ketua Polis Daerah Pasir…
-
Kastam rampas alat ganti kenderaan, minuman keras bernilai RM2.6 juta
Oleh RAHIMI MOHAMAD SEJUMLAH alat ganti kenderaan dan minuman keras bernilai RM2.6 juta yang cuba diseludup masuk ke negara ini berjaya dipatahkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor dalam dua operasi berasingan pada akhir bulan lepas dan 8 Oktober lalu. Kegiatan itu berjaya dikesan Kastam di pintu sempadan Malaysia-Singapura, namun tangkapan dan serbuan itu hanya…
-
PGA Kuantan rampas RM6.3 juta barangan seludup
SEJAK Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan mengambil alih penugasan Ops Benteng Covid-19 di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini bermula 16 September sehingga hari ini, lebih RM6.3 juta pelbagai barangan seludup dirampas. Rampasan membabitkan barangan kontraban seperti pakaian, vape, rokok dan pelbagai jenis makanan mencatatkan nilai tertinggi iaitu RM5.03 juta sepanjang tempoh penugasan itu.…
-
JPNP tahan pemandu jengkaut rata hutan simpan
JABATAN Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) menahan seorang pemandu jengkaut yang sedang leka melakukan kerja-kerja pembersihan secara haram di kawasan Hutan Simpan Purun, Bera, semalam. Lelaki tempatan berusia 43 tahun itu ditahan ketika lima anggota Penguat Kuasa (UPK) Pahang Timur yang diketuai Pengawas Hutan, Mohd. Azhar Mudzafar melakukan rondaan di kawasan hutan terbabit. Ketua Penolong Pengarah…
-
Lelaki maut tersepit selepas kereta terbabas
SEORANG lelaki yang memandu sebuah kereta jenis Honda Civic terbabas dan terlibat dalam kemalangan di Jalan Kampung Melayu Subang, Shah Alam awal pagi ini. Kejadian kira-kira pada pukul 4 pagi itu juga mengakibatkan rakannya cedera. Ketika kejadian mangsa, Muhammad Daniel Aifiq dan rakannya dalam perjalanan menghala ke arah Bukit Jelutong sebelum dipercayai terbabas. Menurut Pengarah…
-
Juruteknik ditipu selepas ditawarkan pinjaman wang menerusi Facebook
SEORANG juruteknik membuat pinjaman selepas tertarik dengan satu iklan pinjaman wang menerusi Facebook. Baaimanapun mangsa yang berusia 24 tahun menyedari ditipu sindiket pinjaman tidak wujud selepas membuat empat transaksi ke tiga akaun. Ketua Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof memberitahu, jumlah semua transaksi itu membabitkan jumlah sebanyak RM13,310. “Kejadian itu bermula pada…