Category: Jenayah

  • Penunggang motosikal maut kemalangan tiga kenderaan

    Penunggang motosikal maut kemalangan tiga kenderaan

    SEORANG lelaki maut dipercayai dalam perjalanan mahu menghantar kunci di tempat kerjanya di Mahkamah Syariah Kuala Krai hari ini. Kejadian pada pukul 10.40 pagi itu melibatkan motosikal mangsa dan sebuah lagi motosikal serta sebuah kereta. Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohammad berkata, kejadian berlaku apabila motosikal ditunggang Nik Mat Yusof, 50, masuk ke…

  • 4 ditahan termasuk 2 penguat kuasa terlibat kes samun

    4 ditahan termasuk 2 penguat kuasa terlibat kes samun

    IBU Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran menahan empat suspek termasuk dua daripadanya kakitangan agensi penguat kuasa selepas disyaki terlibat dalam kes samun berkumpulan Kampung Rampek, Beluran, Sandakan, kelmarin. Menurut Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda, semua suspek lelaki berusia 25 hingga 43 tahun itu ditahan dalam serbuan di Sandakan, hari ini. Jelasnya, semua mereka…

  • Lelaki terperangkap, rentung dalam kebakaran

    Lelaki terperangkap, rentung dalam kebakaran

    SEORANG lelaki terperangkap sebelum rentung dalam kebakaran di rumahnya di Taman Seri Petaling, Kuala Lumpur, hari ini. Kejadian tersebut berlaku pada pukul 1 pagi dan mangsa gagal keluar dari rumah teres dua tingkat tersebut. Ketua Polis Daerah Brickfield, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat telah dikejarkan ke tempat kejadian dan mengambil masa…

  • Lelaki maut diserang sakit jantung ketika daki gunung

    Lelaki maut diserang sakit jantung ketika daki gunung

    Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN SEORANG lelaki ditemukan sudah meninggal dunia ketika mendaki Gunung Lambak, Kluang, hari ini. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Pegawai Bomba Kanan II, Norhakim Nordin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 12.25 tengah hari. Susulan itu katanya, seramai 11 anggota dan sebuah jentera Fire Rescue…

  • Maritim halau bot cuba seludup masuk 40 PATI

    Maritim halau bot cuba seludup masuk 40 PATI

    AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) telah memintas dan menghalau cubaan menyeludup masuk 40 pendatang asing tanpa izin (PATI) oleh sebuah bot dari Indonesia sekitar jam 4 pagi ini. Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim Mohd Rosli Kassim berkata, Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor telah menerima maklumat risikan berkaitan pergerakan sebuah bot telah keluar dari Tanjung Balai,…

  • Suami isteri dikompaun tidak lengkap vaksin tapi rentas negeri

    Suami isteri dikompaun tidak lengkap vaksin tapi rentas negeri

    Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN TINDAKAN sepasang suami isteri dari Perak yang merentas negeri memasuki Kota Tinggi biarpun masih tidak lengkap vaksin membawa padah apabila dikompaun semalam. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, pasangan itu dikesan ketika operasi pematuhan dilakukan di sekatan jalan raya (SJR) Jalan Kulai-Kota Tinggi.  Katanya, bagi perbuatan itu, pasangan…

  • Wanita murung maut jatuh tingkat 13, tinggalkan nota derma organ

    Wanita murung maut jatuh tingkat 13, tinggalkan nota derma organ

    SEORANG wanita yang mengalami kemurungan ditemui maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 13 sebuah pangsapuri di Butterworth, Pulau Pinang kira-kira pukul 7 pagi tadi. Turut ditinggalkan oleh mangsa berusia 46 tahun itu di dalam biliknya adalah sekeping nota yang memaklumkan mahu pergi jauh dan meminta organnya didermakan kepada ahli keluarganya. Difahamkan mangsa tidak bekerja sejak…

  • Lelaki menyamar anggota polis, ‘lalok’ dan bergaduh ditahan

    Lelaki menyamar anggota polis, ‘lalok’ dan bergaduh ditahan

    SEORANG lelaki yang menyamar sebagai anggota polis ditahan selepas terlibat dengan satu pertelingkahan di deretan rumah kedai di Taman TTDI Groove, Kajang, Sabtu lalu. Suspek yang tular dalam media sosial selepas pertelingkahan itu dirakam dan disebarkan, menyamar sebagai polis dan mengeluarkan kad kuasa palsu untuk melindungi dirinya dalam kejadian tersebut. Sebuah klip video berdurasi 50…

  • [VIDEO] Dadah 450 kg lepas, pemetik api sangkut – persoal netizen

    [VIDEO] Dadah 450 kg lepas, pemetik api sangkut – persoal netizen

    KEJAYAAN polis Australia mematahkan cubaan menyeludup 450 kilogram (kg) dadah jenis heroin terus menjadi perbualan hangat netizen yang mempersoalkan bagaimana dadah dengan jumlah tersebut boleh melepasi sempadan negara. Laporan media Australia menyebut seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 38 tahun ditahan ekoran kejadian itu. “450kg dia boleh lepas, aku bawak lighter pun kena rampas,” tulis salah…

  • Wanita pengsan semasa daki Bukit Tunggal

    Wanita pengsan semasa daki Bukit Tunggal

    SEORANG wanita yang melakukan aktiviti rekreasi sebelum mendaki Bukit Tunggal, Kampung Gajah, hari ini mengalami sesak nafas dan pengsan. Pengunjung yang menyedari kejadian itu kemudian menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak untuk bantuan. Jurucakap JBPM Perak berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampung Gajah menerima panggilan kecemasan jam 8.50 pagi. “Anggota bomba menaiki…