[VIDEO] Dadah 450 kg lepas, pemetik api sangkut – persoal netizen

0
525

KEJAYAAN polis Australia mematahkan cubaan menyeludup 450 kilogram (kg) dadah jenis heroin terus menjadi perbualan hangat netizen yang mempersoalkan bagaimana dadah dengan jumlah tersebut boleh melepasi sempadan negara.

Laporan media Australia menyebut seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 38 tahun ditahan ekoran kejadian itu.

“450kg dia boleh lepas, aku bawak lighter pun kena rampas,” tulis salah seorang pengguna di ruangan komen.

“Soalannya, bagaimana 450kg dadah boleh terlepas keluar dari Malaysia? 450 kg besar berat oi,” soal seorang pengguna.

“Kemain kalau beli barang oversea, check kastam pun berminggu-minggu… Ni dadah 450juta lepas rilek je..,” luah seorang lagi pengguna.

Bagaimanapun, netizen turut mengucapkan ucapan tahniah kepada pihak pihak Australia atas kejayaan mereka membanteras penyeludupan dadah berkenaan dan mengharapkan suspek mendapat hukuman yang setimpal.

Pada Sabtu, polis Australia mengumumkan kejayaan mematahkan cubaan seludup dadah terbesar di negara itu, sebanyak 450kg bernilai RM 431.8 juta dalam satu serbuan di Melbourne.

Menurut Pegawai Kanan Polis, Krissy Barret, sebanyak 1,290 bungkusan heroin ditemui di dalam sebuah kontena yang diisytiharkan membawa bungkusan berisi jubin.

Difahamkan, kapal yang membawa dadah itu tiba dari Malaysia pada 29 September lalu sebelum dihantar ke sebuah kawasan perindustrian berhampiran lapangan terbang Melbourne, minggu lalu.

Seorang suspek warganegara Malaysia berusia 38 tahun ditahan dalam serbuan itu dan telah direman serta dihadapkan ke Mahkamah Majistret Melbourne pada Jumaat.

Sementara itu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Australia bagi menjalankan siasatan berhubung penahanan seorang warga Malaysia dalam serbuan itu.

Pengarah JSJN Datuk Razarudin Husain berkata, semua tindakan perlu akan diambil mereka dalam memastikan aktiviti pengedaran dan penyeludupan dadah dapat dibanteras tanpa kompromi.–SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here