Category: Pilihan
-
[VIDEO] ‘Kita mula melihat cahaya di hujung terowong’ – Muhyiddin
TAN Sri Muhyiddin berkata, hasil ketahanan, kesabaran dan semangat kebersamaan Malaysia Prihatin serta sokongan petugas barisan hadapan dan segenap lapisan rakyat ketika negara menangani pandemik Covid-19 telah membolehkan kita mula melihat cahaya di hujung terowong. Beliau yang mengambil alih tampuk kepemimpinan negara sebagai Perdana Menteri mulai 1 Mac 2020 hingga 16 Ogos lalu berhadapan dengan…
-
Sheriff Tiraspol, pasukan bola sepak ‘tanpa negara’ kejutkan dunia. Ini fakta menarik …
SELAMA dua minggu kelab bola sepak yang dianggap kerdil masyarakat dunia buat kejutan. Minggu lalu pasukan dari Moldova (berdasarkan status UEFA) menewaskan Shakhtar Donetsk dari Ukraine 2 – 0. Minggu ini menewaskan juara 13 kali Liga Juara-Juara Eropah, Real Madrid. Lebih manis kejayaan pasukan hanya mempunyai pengikut di Facebook sebanyak lebih 73,000 pengikut, dilakar di…
-
Kebenaran rentas negeri dijangka bulan depan – Muhyiddin
KEBENARAN rentas negeri dijangka akan dapat dilakukan bulan hadapan (Oktober) bersandarkan kepada data selepas 90 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi, kata Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin. “Kemungkinan pada Oktober sama ada pada peringkat awal atau selewat-lewatnya pertengahan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat MPN Bilangan 3/2021 di sini hari ini. Turut hadir pada mesyuarat…
-
Ketua ajaran sesat PMYT isytihar taubat
WANITA yang mendakwa dirinya Ketua Ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) Sittah Annur, 39, mengumumkan pengisytiharan taubat (Istitabah) secara terbuka hari ini. Sittah atau nama sebenarnya Masitah Ab Jalar melakukan pengisytiharan itu di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Beliau melafazkan taubat itu dan menandatangani dokumen pengisytiharan…
-
[VIDEO] ‘LBersatu kembalikan kekuatan, daya saing ekonomi negara – Ismail Sabri
DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob mengajak semua pihak memberi tumpuan kepada agenda menyusun semula dan mengembalikan kekuatan dan daya saing ekonomi negara. Perdana Menteri berkata, penghujung tempoh Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11) menyaksikan pertumbuhan ekonomi negara terjejas akibat ketidaktentuan ekonomi global dan impak pandemik COVID-19. Ia, katanya, menyebabkan kerajaan menumpukan usaha melindungi nyawa dan kehidupan Keluarga…
-
RMK-12: Undang-undang sivil, syariah diperkukuh tangani isu wanita
RANGKA kerja bagi memperkasakan gender akan diperkenalkan termasuk pengukuhan undang-undang sivil dan syariah bagi menangani isu berkaitan wanita, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Menegaskan langkah itu antara usaha kerajaan bagi memperkasakan hak wanita di negara ini, Perdana Menteri berkata, kerajaan juga menyediakan inisiatif bagi menggalakkan lebih ramai golongan hawa terus dan kembali bekerja. “Usaha…
-
RMK-12: Kerajaan ganti 148 sekolah daif
DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan menggantikan 148 bangunan sekolah daif dengan kos RM1.6 bilion pada 2021 dan 2022 bagi menjadikan persekitaran sekolah lebih kondusif. Perdana Menteri menjelaskan, empat kompleks sekolah dan lima sekolah baharu akan turut dibina membabitkan kos RM848 juta. Katanya, program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) akan diperkasa dengan…
-
RMK-12: Perdagangan antarabangsa diperkukuh, daya saing industri eksport ditingkatkan
PERDAGANGAN antarabangsa akan diperkukuh dengan mengenal pasti pasaran dan produk baharu, menambah baik kecekapan fasilitasi perdagangan dan meningkatkan daya saing industri eksport utama dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerjasama perdagangan akan digalak melalui ratifikasi perjanjian perdagangan bebas (FTA) baharu seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP). “Kerajaan mahu…
-
RMK-12: Empat matlamat, 9 fokus utama pacu ekonomi negara
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat yang menetapkan hala tuju strategik bertemakan ‘Keluarga Malaysia – Makmur, Inklusif, Mampan’. RMK-12 bagi tempoh 2021-2025 itu mempunyai empat matlamat utama dan merangkumi sembilan fokus utama iaitu Merancakkan Pertumbuhan Ekonomi, Memperkukuh Pemangkin Pertumbuhan, Meningkatkan Kesejahteraan Keluarga Malaysia, Memantapkan Keselamatan…
-
Diplomasi kesihatan mampu tangani ancaman kesihatan global – PM
MASYARAKAT dunia mesti bersatu sebagai satu keluarga dan mengukuhkan diplomasi kesihatan yang lebih berkesan terutama ketika semakin banyak ancaman kesihatan global termasuk pandemik COVID-19, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata demikian dalam ucapan sulungnya pada Debat Umum sesi ke-76 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York, menerusi rakaman video. Teks ucapannya…