Category: Kemalangan/Bencana
-
Jejambat runtuh di Bangkok sekurang-kurangnya dua maut, 10 cedera
SEKURANG-KURANGNYA dua orang maut manakala 10 lagi cedera selepas bahagian sebuah jejantas yang sedang dalam pembinaan runtuh di daerah Lat Krabang di Bangkok pada petang semalam. Bahagian jejambat bertingkat sepanjang 500 meter yang sedang dalam pembinaan runtuh ke atas jalan di bawahnya pada kira-kira 6 petang waktu tempatan. Segmen itu, yang merupakan sebahagian daripada projek…
-
Seorang maut, lima parah nahas libatkan 10 penunggang motosikal
SEORANG penunggang motosikal berusia 19 tahun maut manakala lima lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan 10 buah motosikal di Kilometer 26.9 Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) arah ke Seremban, malam semalam. Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superintenden Mat Ghani Lateh berkata, kejadian berlaku lebih kurang pukul 11.30 malam dan hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati…
-
Dua pencari kepah lemas dihanyut arus deras
DUA pencari kepah lemas selepas dihanyutkan arus deras di pantai Esplanade Kampung Buntal, Kuching tengah malam tadi. Mayat Mohamad Amin Umar, 39, ditemui pada 3.30 pagi tadi, manakala mangsa kedua, Awang Khairul Aziq Awang Chula, 25, ditemui pada 3.42 pagi. Penolong pengarah operasi bomba Sarawak, Henderi Ardimansyah berkata, tiga anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat…
-
Kanak-kanak lelaki dua tahun maut dalam kebakaran
Oleh WARTAWAN SATU BERITA SEORANG kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut dalam kebakaran di sebuah rumah flat di Taman Pantai Bersih di Butterworth, awal pagi tadi. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pukul 8.29 pagi sebelum pasukan BBP Butterworth dikejarkan ke tempat kejadian. Jelasnya,…
-
Bayi perempuan maut dilanggar 4×4 dipandu sepupu
BAYI perempuan berusia setahun lima bulan maut dilanggar pacuan empat roda dipandu sepupunya di Kampung Darat Kolam, Kerteh, malam tadi. Mangsa Syaza Syazwina Zahra Mohd. Sazali yang parah di kepala disahkan meninggal di tempat kejadian. Ketua Polis Kemaman, Hanyan Ramlan berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada 10.30 malam. Katanya, siasatan awal mendapati mangsa dilanggar kenderaan…
-
Pahamin Rajab meninggal dunia dalam penerbangan selepas alami serangan jantung
BEKAS Pengerusi AirAsia Berhad, Datuk Pahamin Rajab meninggal dunia akibat serangan jantung ketika dalam penerbangan ke London, United Kingdom (UK), malam tadi. Berita duka itu dikongsi menantunya, pelakon, Azhar Sulaiman melalui hantaran Instagram (IG), awal pagi tadi. Azhar berkata, Pahamin, 77, dalam perjalanan menghadiri majlis graduasi anaknya di London. “Dukacita saya hendak maklumkan bapa mentua…
-
Bayi hanyut dibawa arus Sungai Ketil ditemui
SEORANG bayi lelaki berusia setahun tujuh bulan ditemukan lemas selepas dihanyut ke dalam Sungai Ketil, Lubok Pedati, Baling hari ini. Mangsa dikenali sebagai Adryan Mikail Mohd Afiq. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Mohd Jamil Mat Daud berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.04 tengah hari. Beliau berkata,…
-
Campak 2 anak dari tingkat atas rumah dalam kebakaran
SEORANG bapa bertindak mencampak dua anak lelakinya dalam usaha menyelamatkan nyawa mangsa yang terperangkap dalam kebakaran deretan rumah kedai di Pekan Lenga, Bukit Kepong, Pagoh, Muar pukul 4.30 pagi tadi. Zamirul Suahimi, 30, mencampak Muhammad Firas Syahmi, 10, dan Muhammad Harith, empat tahun, dari tingkat atas premis sebelum dua beradik itu berjaya disambut dua pekerja…
-
Tragedi kepala air: Mayat kesembilan ditemukan
SATU lagi mayat ditemukan dipercayai mangsa lemas yang dihanyutkan kepala air ketika berkelah di Jeram Air Putih, Kampung Air Putih, Kemaman pada Sabtu lalu. Menurut Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Azman Alias, penemuan mayat itu menjadikan seorang lagi baki mangsa yang masih hilang. Jelasnya, mayat dipercayai lelaki tersebut dijumpai kira-kira…
-
Bot sangkut di pokok nipah, 14 pelancong terkandas 4 jam
SERAMAI 16 orang termasuk 14 pelancong Korea Selatan terkandas kira-kira empat jam selepas bot yang dinaiki tersangkut pada pokok nipah di Sungai Bolong, Tuaran malam tadi. Kejadian berlaku kira-kira 9.30 malam ketika bot terbabit membawa pelancong yang terdiri daripada sembilan wanita dan empat lelaki dewasa bersama seorang lagi kanak-kanak lelaki serta dua jurupandu bot. Ketua…