Category: Kemalangan/Bencana
-
Warga emas hilang disyaki dibaham buaya
SEORANG lelaki warga emas hilang disyaki dibaham buaya ketika turun ke botnya di sungai Kampung Mas-Mas Nasib Kita, Tawau, Rabu lalu dan kehilangan Addi Bangsa, 60, disedari oleh penduduk penduduk kira-kira pukul 4 pagi. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (BBP) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, bilik kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau…
-
Pemandu ambulans dan anak maut, kemalangan di Jalan Gua Musang – Jeli
DUA beranak maut dan seorang cedera selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori muatan kayu di Kilometer 37 Jalan Gua Musang-Jeli, dalam kejadian kira-kira 6.15 petang, semalam. Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Sik Choon Foo berkata, ekoran daripada pertembungan tersebut mangsa yang bekerja sebagai pemandu ambulans, Mohd Zuki Mohamed Ali, 55, bersama…
-
Tiga ditemui mati dalam kereta di RnR Yong Peng
Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN TIGA individu ditemui sudah meninggal dunia dalam kereta Perodua Alza di Kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Yong Peng, arah selatan dekat Batu Pahat malam tadi. Mereka merupakan dua mangsa terdiri daripada lelaki berusia 23 dan 25 tahun serta seorang wanita berusia 27 tahun. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP)…
-
Waris tuntut keadilan nahas MH17
SELEPAS sembilan tahun tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh, waris serta keluarga mangsa nahas itu masih mengharapkan keadilan. Biarpun Mahkamah Daerah The Hague pada tahun lalu sudah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas dua warga Russia dan seorang warga Ukraine selepas didapati bersalah menembak jatuh pesawat malang itu pada 2014, keadilan yang diharapkan…
-
Hanapiah Nasir meninggal dunia hari ini
LAGENDA sukan olahraga, Hanapiah Nasir yang menghembuskan nafas terakhir pada pukul 6 petang tadi di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Allahyarham, 65, banyak menyumbang keringat kepada sukan olahraga negara, meraih empat emas, masing-masing dalam acara lompat jauh (1985), 110 meter (m) lari berpagar (1985) dan decathlon (1983 dan 1981) di temasya Sukan SEA. Pada 1985, Allahyarham…
-
Tiga maut pacuan empat roda hilang kawalan langgar pokok
TIGA individu maut manakala seorang lagi cedera parah apabila kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki disyaki hilang kawalan sebelum melanggar pokok di Jalan Deshon, di Sibu hari ini. Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Sibu, Andy Allie berkata, mereka yang meninggal dunia ialah dua lelaki, Tiong Meng Eng, 32, dan Bryan Lau Pick Sing,…
-
Guru besar maut motosikal rempuh tiang elektrik
SEORANG guru besar maut selepas motosikalnya dipercayai melanggar tiang elektrik di Jalan Supar, Sabak Bernam semalam. Kejadian 1.30 tengah hari itu berlaku ketika mangsa berusia 59 tahun dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bertugas di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tengar. Ketua Polis Sabak Bernam, Agus Salim Mohd Alias, berkata mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya lalu…
-
Wisma Putra giat kesan 12 rakyat Malaysia ‘hilang’ di utara India
KEMENTERIAN Luar (Wisma Putra) giat menyelaras usaha mengesan sekumpulan 12 rakyat Malaysia yang tidak dapat dihubungi keluarga masing-masing selepas fenomena hujan lebat melanda wilayah utara India Ahad lalu. Wisma Putra dalam kenyataan berkata, usaha mengesan dilaksanakan melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi dengan kerjasama pihak berkuasa India. Menurutnya, suruhanjaya tinggi dimaklumkan kumpulan itu sedang…
-
Lelaki Bangladesh menyorok dalam mesin ditemui maut
SEORANG pekerja kilang warga Bangladesh ditemui maut dalam mesin ketika cuba menyembunyikan diri daripada serbuan Jabatan Imigresen di kawasan perindustrian Rawang pagi tadi. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 9.27 pagi. “Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang dikejarkan…
-
Pemilik bengkel maut, pekerja cedera dalam kebakaran
Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN SEORANG pemilik bengkel lori maut, manakala pekerjanya cedera selepas premis itu di Taman Mutiara Rini, Iskandar Puteri terbakar pada malam tadi. Panggilan kecemasan berhubung kebakaran tersebut diterima pihak bomba pada pukul 11.36 malam. Susulan itu seramai 24 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai, Larkin dan BBP Pekan Nanas bergegas…