Category: Kemalangan/Bencana
-
Warga emas maut dihempap jentolak
SEORANG lelaki maut akibat dihempap jentolak ketika melakukan kerja pembersihan ladang kelapa sawit di Kampung Rosob di Pitas pukul 2.30 petang tadi. Warga emas tersebut, Kok Vui Siong, 64, maut akibat tersepit oleh jentera berat terbabit. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu Mohd Hasbi Hajat berkata, pihaknya menerima panggilan daripada Balai Polis Pitas…
-
Lelaki ditemui mati dalam kereta terbakar di tempat parkir
SEORANG lelaki ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kereta yang terbakar di kawasan parkir Jalan Putra Square 7, Sri Dagangan di Kuantan hari ini. Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria, mayat mangsa ditemui dengan kesan terbakar di tempat duduk pemandu kereta terbabit. “Kejadian dilaporkan pukul 6.58 pagi. Tujuh anggota…
-
Bayi 11 bulan maut disyaki tersedak susu
BAYI perempuan 11 bulan dilaporkan maut dipercayai tersedak susu ketika dijaga pengasuhnya di Rumah Awam Ayer Molek, Melaka semalam. Ibu mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Zaidah, 35, berkata, dia dimaklumkan pengasuh kira-kira 11 pagi bahawa anaknya tidak sedarkan diri dan badannya kebiru-biruan. “Saya memintanya segera bawa anak ke klinik berhampiran sementara saya bergegas ke…
-
Tiga maut, lapan cedera dalam kemalangan libat tiga kereta di Pekan
TIGA termasuk dua warga emas maut manakala lapan cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kereta di KM65, Jalan Kuantan-Segamat di Pekan hari ini. Mereka yang meninggal dunia ialah Ayub Zakaria, 66, yang memandu kereta Toyota Vios dan penumpangnya Podziah Daharun, 65, kedua-duanya beralamat di Segamat, Johor serta penumpang Perodua Myvi Muhammad Azrin Ahmad Nazri, 19, dari Sungai Lembing…
-
Mayat nelayan ditemu dalam perut buaya
PENCARIAN seorang nelayan warga emas hilang dipercayai dibaham buaya di Sungai Kampung Mas-Mas Nasib Kita pada Rabu lalu, berakhir dengan penemuan mayat lelaki itu dalam perut seekor buaya. Ketua Bomba Tawau Jemishin Ujin, berkata operasi mencari mangsa, Addi Bangsa, 60, dilakukan bersama Jabatan Hidupan Liar. “Pada hari keempat operasi, pasukan Perhilitan menjumpai seekor buaya yang…
-
Empat kedai di Terminal Larkin Sentral terbakar
SEBANYAK empat unit kedai di tingkat satu Terminal Larkin Sentral, Johor Bahru terbakar, pagi tadi. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.50 pagi dan menjalankan operasi pemadaman dengan kekuatan 30 anggota. Beliau berkata kebakaran…
-
Tujuh selamat nahas helikopter di Subang
TUJUH penumpang termasuk juruterbang selamat selepas helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) kemalangan di Institut Teknologi Penerbangan Malaysia Universiti Kuala Lumpur (UniKL MIAT), dekat Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang. Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM), Norazman Mahmud, berkata helikopter jenis Leonardo S.p.A AW189 itu menjalani ujian penerbangan ketika kejadian 11.52 pagi.…
-
CAP gesa Pulau Pinang selesai segera masalah banjir kilat
Oleh WARTAWAN SATU BERITA PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan agensi berkaitan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah banjir kilat yang sering melanda negeri itu. Presiden CAP, Mohideen Abd Kader berkata, kejadian banjir kilat telah berulang kali berlaku sejak beberapa tahun lalu, namun masalah tersebut masih berlarutan sehingga kini, malah…
-
Pelajar perempuan maut terjatuh dari tingkat dua bangunan sekolah
SEORANG pelajar perempuan Tingkatan Satu di sebuah sekolah menengah di Melaka maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat dua sekolah itu hari ini. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata mangsa ditemukan oleh tukang kebun dalam keadaan terlungkup di kaki lima bangunan sekolah itu pada 2.31 petang. Beliau berkata siasatan awal mendapati kelas mangsa…
-
Identiti 9 kru kapal kargo hilang dikenal pasti
OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) sembilan kru MV Tung Sung yang hilang selepas kapal kargo itu terbalik di perairan Sebuyau, semalam, diteruskan pagi ini. Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus berkata, operasi bermula pada 8 pagi dengan pencarian tertumpu di sekitar Pulau Burung hingga Tanjung Po. “Identiti…