Category: Dunia
-
Pemilik, pemandu bot dijatuhi hukuman penjara sebabkan kematian ‘Tangmo’
DUA defendan dalam kes kematian pelakon terkenal Thailand, Nida “Tangmo” Patcharaveerapong, dijatuhi hukuman penjara. Mahkamah Wilayah Nonthaburi walau bagaimanapun menggantung hukuman penjara tersebut dan memerintahkan mereka menjalani khidmat komuniti, lapor Bangkok Post. Pada 2 Mac lalu, pemilik bot laju Tanupat “Por” Lerttaweewit mengaku bersalah atas tuduhan cuai hingga menyebabkan kematian, manakala Phaiboon “Robert” Trikanjananun mengaku…
-
Gempa bumi sederhana di Selat Sunda, Indonesia
GEMPA bumi sederhana bermagnitud 5.0 melanda Selat Sunda, Indonesia pada 12.24 tengah hari tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa itu berlaku pada jarak 171 kilometer (km) barat daya dari Bandar Lampung, Indonesia dengan kedalaman 10km. Bagaimanapun penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. — BERNAMA
-
21 lagi mayat mangsa pemujaan ditemukan
POLIS Kenya pada Selasa menemukan 21 lagi mayat dari kubur di bandar Malindi, yang disyaki dijadikan sebagai tempat untuk melakukan aktiviti pemujaan. Polis berkata setakat ini 133 mayat telah ditemukan sejak penemuan kubur besar itu di sebidang tanah di hutan Shakahola pada akhir April. Kebanyakan mangsa terdiri daripada kanak-kanak, lapor Xinhua. Pada April polis menyerbu…
-
Sami lari didakwa liwat pengawal keselamatan
SEORANG sami dari Persatuan Kesedaran Krishna Antarabangsa (Iskcon) dituduh meliwat dan melakukan penyeksaan seksual terhadap seorang pengawal keselamatan yang bekerja untuk organisasi itu. India Today melaporkan, sami itu dikenal pasti sebagai Jagadartiha Das atau Jayanta Kumar Saha yang memegang jawatan sebagai ketua penyelaras di ibu pejabat kuil Iskcon di Mayapur, Nabadwip. Sami itu kini melarikan…
-
Genjatan senjata di Sudan selama tujuh hari bermula hari ini
ANGKATAN bersenjata Sudan bersetuju melaksanakan gencatan senjata selama tujuh hari – yang dicadangkan oleh Pihak Berkuasa Antara Kerajaan Mengenai Pembangunan (IGAD) di Afrika Timur – bermula 4 hingga 11 Mei, lapor Sputnik, memetik kenyataan tentera pada Rabu. “Angkatan tentera menyatakan persetujuan terhadap cadangan (IGAD), berdasarkan prinsip penyelesaian Afrika kepada masalah benua serta mengambil kira aspek…
-
Gempa bumi sederhana landa Luzon, Filipina
Gempa bumi sederhana berukuran 5.4 pada skala Richter melanda Luzon, Filipina pada 8.49 pagi tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, gempa itu berlaku pada jarak 64 kilometer (km) timur dari Bandar Tuguegarao, Filipina dengan kedalaman 45km. Bagaimanapun, penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. – BERNAMA
-
Tak bayar, pelacur tikam alat sulit pelanggan
MENGERIKAN apabila seorang pelacur di Malawi menikam salah seorang pelanggannya pada bahagian alat sulit kerana mendakwa mangsa berhutang 1000 kwacha (kira-kira RM250) dengannya. Daily Star melaporkan, jurucakap polis berkata, pekerja seks itu ditangkap dan kini berdepan tuduhan yang serius. Laman berita Malawi 24 berkata, kejadian mengerikan itu berlaku di Monkey Bay dekat daerah Mangochi, dan…
-
Suspek militan Malaysia mahu dakwaan dihenti atas alasan ‘salah laku’ AS
DUA rakyat Malaysia yang didakwa melakukan keganasan berkait pengeboman Bali pada 2002 memfailkan usul untuk membatalkan tuduhan itu atas alasan kerajaan Amerika Syarikat (AS) menyediakan jurubahasa tidak cekap dan berat sebelah. Brian Bouffard, peguam mewakili dua rakyat Malaysia itu berkata, anak guamnya diberikan tiga jurubahasa sama, walaupun terdapat bantahan jurubahasa itu tidak cekap dan berat…
-
Wanita berdepan 10 tuduhan membunuh
SEORANG wanita rakyat Thailand yang didakwa melakukan beberapa pembunuhan menggunakan racun sianida, berdepan sekurang-kurangnya 10 pertuduhan pembunuhan terancang. Timbalan komander Bahagian Pencegahan Jenayah, Kolonel Anek Taosupap, berkata polis melakukan siasatan terperinci terhadap wanita berusia 36 tahun itu. Beliau berkata, siasatan mendapati mangsa mempunyai kaitan dengan suspek melalui skim pinjaman wang serta gadai janji kereta dan…
-
Korban di Sudan meningkat kepada 528 orang
JUMLAH korban di Sudan akibat pertempuran berterusan antara Angkatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) meningkat kepada 528 orang, menurut Kementerian Kesihatan pada Sabtu. Sementara itu, seramai 4,599 orang lagi cedera dalam keganasan yang berlaku dari 15 April hingga 27 April, lapor Agensi Anadolu. Menurut kementerian itu, 12 daripada 18 negeri di Sudan…