Author: SatuBerita
-
PRN Johor: PAS ulangi komitmen kekal bersama Bersatu, PN
PAS mengulangi komitmen parti itu untuk terus kekal bersama Bersatu dengan menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac depan. Perkara itu dinyatakan sekali lagi oleh Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan di Masjid Rusila di Marang, hari ini. Menurutnya, parti itu…
-
Mohd Khairuddin digugurkan sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS
PRESIDEN PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini mengesahkan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali hilang jawatan sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama parti itu. Kurang sebulan lalu, Mohd Khairuddin digugurkan daripada Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Abdul Hadi berkata, pengguguran jawatan Mohd Khairuddin itu berkuat kuasa semalam. Katanya, keputusan itu…
-
13 majikan degil didakwa atas pelbagai tuduhan – Perkeso Kelantan
PERTUBUHAN Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan mendakwa 13 majikan degil termasuk satu waran tangkap dikeluarkan atas pelbagai tuduhan sejak Januari tahun lepas sehingga semalam (10 Februari). Pengarah Perkeso Kelantan, Nora Yaacob berkata dalam tempoh tersebut, sejumlah RM17,600 denda dikenakan kerana kegagalan majikan mencarum untuk pekerja mereka. “Antara kesalahan didakwa terhadap majikan seperti gagal membayar caruman, gagal…
-
Pemuda PKR Sabah desak batal kerjasama dengan MUDA
PEMUDA PKR Sabah mendesak parti itu membatalkan kerjasama dengan parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA dan memberi tumpuan memperkukuhkan jentera serta kerusi yang akan ditandingi mereka pada (PRN) Johor bulan depan. Desakan itu disuarakan kerana MUDA didakwa bersikap biadab terhadap mereka, menjelang pilihan raya negeri tersebut. Antara contoh kebiadapan MUDA yang diberikan Ketua Penerangan Pemuda PKR,…
-
Pejuang tunggu saat akhir perkenalkan 42 calon PRN Johor
PEJUANG kini dalam proses memuktamadkan pemilihan 42 calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor parti itu dan akan memperkenalkan mereka dua hari sebelum hari penamaan calon. Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, calon-calon terpilih diwajibkan menjalani Ujian Psikometrik Anti-Rasuah (RBTAG) sebelum mereka dimuktamadkan sebagai wakil parti itu. “Siapa yang akan kami tonjolkan sebagai calon mestilah…
-
Annuar Musa perbaharui kerjasama telekomunikasi Malaysia-Indonesia
MENTERI Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa bertekad untuk memperbaharui kerjasama Malaysia dan Indonesia dalam bidang telekomunikasi serta informasi agar lebih dinamik seiring dengan kepesatan perubahan landskap teknologi. Beliau berkata, skop kerjasama yang bakal diperluas termasuk teknologi 5G, perkhidmatan satelit, kabel dasar laut, keselamatan siber, ekonomi digital dan pembangunan kandungan. “Pertemuan ini sangat penting…
-
Ahli Bersatu keluar parti hanya dakyah parti lawan – Solihan
AHLI Bersatu diingatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan permainan parti lawan yang cuba mengelirukan dengan menyebar dakyah ada ahli keluar parti. Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Johor, Mohd. Solihan Badri berkata, ahli-ahli sebaliknya perlu melihat perkembangan semasa apabila semakin ramai kelompok atas pagar, pengundi baharu dan Undi 18 menerima prinsip perjuangan berintegriti yang menjadi nilai…
-
‘MUDA penakut, hanya berani tanding kerusi mudah menang’
PARTI MUDA sepatutnya menonjolkan kehebatan mereka dengan bertanding di kerusi yang ‘agak sukar menang’ berbanding hanya memilih untuk bertanding di kawasan mudah. Naib Ketua AMK Johor, Faezuddin Puad, sikap itu juga selari dengan sifat yang ada pada nama parti itu. “Orang muda sinonim dengan sifat berani, sukakan cabaran baru dan berasa yakin. Jadi, MUDA kenalah…
-
Guru KAFA nikmati elaun cuti bersalin tahun ini
GURU Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) yang bersalin bakal menikmati elaun cuti bersalin bermula tahun ini. Berita baik itu diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad yang mengatakan kumpulan tersebut sebelum ini diberikan cuti bersalin, tetapi tidak layak dibayar elaun RM1,000 setiap bulan. Memetik laporan Berita Harian Idris berkata, pembayaran elaun itu adalah…
-
Ahli perniagaan wanita simbah asid pada dua wanita dipenjara 16 tahun
SEORANG ahli perniagaan wanita yang menyimbah asid ke atas dua wanita perlu menjalani hukuman penjara 16 tahun selepas gagal dalam rayuannya supaya hukuman penjara yang dikenakan terhadapnya berjalan serentak. Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Hakim Datuk Yaacob Md Sam, menolak rayuan Shafiqah Izzati Badrul Hisham selepas memutuskan Mahkamah Tinggi betul dalam memerintahkan…