Author: Bernama

  • Dua suspek lelaki ditahan berhubung kejadian letupan di hadapan sekolah

    Dua suspek lelaki ditahan berhubung kejadian letupan di hadapan sekolah

    POLIS menahan dua lelaki disyaki terbabit dalam insiden letupan kuat di luar pagar sebuah sekolah di Padang Besar, semalam. Ketua Polis Daerah Padang Besar, ACP Mohd Shokri Abdullah, berkata suspek pertama berusia 42 tahun ditahan ketika berada di rumah sekitar Padang Besar kira-kira 5.30 petang semalam. “Hasil siasatan awal suspek mempunyai sembilan rekod jenayah lampau…

  • Kapal kargo rosak, empat kru warga Indonesia hanyut dari Tanjung Pinang

    Kapal kargo rosak, empat kru warga Indonesia hanyut dari Tanjung Pinang

    EMPAT kru warga Indonesia ditemukan hanyut pada kedudukan empat batu nautika barat Pulau Pemanggil di Mersing, Isnin lepas, selepas kapal kargo dinaiki mereka mengalami kerosakan enjin utama. Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Mersing Komander Maritim Suhaizan Saadin berkata mangsa yang dikenali sebagai Darman, 42, Murhairi, 57, Agus Mustafa, 25, dan Suhandri, 22, nekad…

  • Rosmah dapat pasport ke Singapura lawat anak

    Rosmah dapat pasport ke Singapura lawat anak

    MAHKAMAH Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datin Seri Rosmah Mansor untuk mendapatkan sementara pasportnya ke Singapura bagi membolehkannya melawat anaknya Nooryana Najwa Mohd Najib yang dijangka melahirkan anak ketiga hujung bulan ini. Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail, Datuk Azman Abdullah dan Datuk Azmi Ariffin membenarkan permohonan Rosmah selaku pemohon selepas…

  • Ahli perniagaan bergelar ‘Datuk dan dua anak didakwa sebabkan kematian lelaki warga India

    Ahli perniagaan bergelar ‘Datuk dan dua anak didakwa sebabkan kematian lelaki warga India

    SEORANG ahli perniagaan bergelar “Datuk” dan dua anaknya didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini, atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki warga India yang mayatnya ditemukan di dalam guni, awal bulan ini. V. Nanta Kumar, 51, serta dua anak lelakinya Miren Ram, 24, dan Krithik Ram, 22, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka…

  • Arab Saudi sarankan jemaah umrah pakai pelitup muka di Masjidilharam, Masjid Nabawi

    Arab Saudi sarankan jemaah umrah pakai pelitup muka di Masjidilharam, Masjid Nabawi

    ARAB  Saudi menyarankan pemakaian semula pelitup muka kepada jemaah umrah yang mengunjungi Masjidil Haram dan Masjid Nabawi bagi mencegah penularan penyakit berjangkit di kawasan sekitarnya. Menurut infografik yang dimuat naik menerusi akaun rasmi Direktorat Am Keselamatan Awam Arab Saudi di laman X pada Isnin, saranan itu dibuat bagi memelihara tahap kesihatan jemaah umrah dan para pengunjung…

  • Safiey Illias lepas tanpa bebas empat tuduhan seksual

    Safiey Illias lepas tanpa bebas empat tuduhan seksual

    MAHKAMAH Sesyen Ampang di sini hari ini melepas tanpa membebaskan usahawan kosmetik Safiey Ilias daripada empat pertuduhan seksual membabitkan dua remaja lelaki, dua tahun lepas. Hakim Norhazani Hamzah membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Nurfadzlin Mahmad Zulhasnan memohon agar Safiey, 29, atau nama sebenarnya Mohd Safiuddin Ilias dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan. “Kes dibatalkan.…

  • AS$700 juta milik 1MDB masuk ke akaun syarikat milik Jho Low pada 2009, BNM tahu mengenainya pada 2015: Zeti

    AS$700 juta milik 1MDB masuk ke akaun syarikat milik Jho Low pada 2009, BNM tahu mengenainya pada 2015: Zeti

    MAHKAMAH Tinggi di sini hari ini diberitahu hanya selepas hampir tujuh tahun, barulah Bank Negara Malaysia (BNM) mendapati bahawa wang AS$700 juta milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah masuk ke entiti yang salah, iaitu Good Star Ltd, sebuah syarikat milik ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low. Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia…

  • Kerajaan Kelantan perkukuhkan hubungan dengan Kerajaan Persekutuan – Nassuruddin

    Kerajaan Kelantan perkukuhkan hubungan dengan Kerajaan Persekutuan – Nassuruddin

    KERAJAAN Kelantan akan mengambil pendekatan matang bagi memperkukuh hubungan dengan kerajaan Persekutuan atas semangat federalisme demi kesejahteraan rakyat. Menteri Besar Kelantan yang baharu dilantik Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata hubungan antara kerajaan dengan kerajaan (G2G) yang kukuh penting untuk manfaat semua khususnya rakyat. “Selain itu, kita juga akan teruskan legasi membangun bersama Islam (MBI)…dasar ini…

  • Pelajar tingkatan satu cedera parah perut tertusuk buluh

    Pelajar tingkatan satu cedera parah perut tertusuk buluh

    SEORANG remaja lelaki cedera parah akibat perutnya tertusuk buluh setelah motosikal yang ditunggangnya terlanggar belakang sebuah pacuan empat roda yang berisi muatan itu dalam kejadian di Kilometer 29 Jalan Gua Musang-Jeli di sini malam tadi. Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata kejadian berlaku ketika mangsa, pelajar tingkatan satu di Sekolah Menengah…

  • Lebih banyak rampasan aset berkaitan kes 1MDB – KPN

    Lebih banyak rampasan aset berkaitan kes 1MDB – KPN

     LEBIH banyak aset melibatkan kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan dirampas dalam masa terdekat susulan keterangan yang diberikan bekas peguam syarikat berkenaan, Jasmine Loo Ai Swan, menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain. Beliau berkata, aset-aset yang dirampas itu kemudian akan dilucutkan hak untuk dikembalikan kepada kerajaan melalui proses mahkamah. “Jasmine Loo yang masih…