Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
'Malaysian Malaysia': Pemimpin PAS Johor sokong gesaan DAP gugur slogan -

‘Malaysian Malaysia’: Pemimpin PAS Johor sokong gesaan DAP gugur slogan

SEORANG pemimpin PAS Johor menyokong gesaan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Nur Jazlan Mohamed supaya DAP menggugurkan slogan “Malaysian Malaysia” dan agenda negara sekular daripada perlembagaan parti itu, jika mahu mendapat sokongan pengundi Melayu.

Penolong Setiausaha Agung PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil, berkata kenyataan Nur Jazlan itu menunjukkan Umno sedar betapa sukarnya parti itu mendapatkan sokongan pengundi Melayu jika bekerjasama dengan DAP.

“Ini yang mereka (DAP) kena buat kerana mereka tahu serangan dibuat PAS (terhadap Umno) selama ini (kerana bekerjasama dengan DAP),” katanya menurut Utusan Malaysia dalam sebuah ceramah malam tadi.

Memetik laporan MalaysiaKini, beliau berkata Umno tidak perlu berdepan isu perjuangan DAP jika mereka bekerjasama dengan PAS dalam Muafakat Nasional.

Nur Jazlan menerusi catatan Facebook semalam berkata, DAP perlu menjadi parti sederhana yang terus disokong orang Cina dan boleh diterima pengundi Melayu.

Justeru, beliau menggesa DAP mengugurkan “Malaysian Malaysia” daripada perlembagaan parti itu kerana orang Melayu tidak menyokong DAP disebabkan agenda negara sekularnya yang bercanggah prinsip Islam dan Melayu.