Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Mesyuarat khas SPR berkenaan urusan PRK Pelangai berlangsung -

Mesyuarat khas SPR berkenaan urusan PRK Pelangai berlangsung

MESYUARAT khas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Pahang sedang berlangsung di Menara SPR di sini.

Mesyuarat yang dipengerusikan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh itu adalah bagi menentukan tarikh penamaan calon dan mengundi bagi PRK DUN Pelangai.

Turut hadir mesyuarat berkenaan ialah Timbalan Pengerusi SPR Dr Azmi Sharom, Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak dan ahli-ahli SPR iaitu Zoey Randhawa, Dr Mohd Faisal Syam Abdol Hazis, Datuk Nik Ali Mat Yunus dan Datuk Dr Lee Bee Phang.

PRK DUN Pelangai diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Seri Johari Harun yang terkorban dalam nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas berdekatan Elmina, Shah Alam pada 17 Ogos lalu.

Selain Johari, sembilan individu lain juga terkorban dalam nahas berkenaan termasuk dua pemandu e-hailing dan penunggang p-hailing.

Pada 21 Ogos lalu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin menyerahkan notis kekosongan DUN Pelangai kepada SPR mengenai kekosongan berkenaan.

Johari adalah Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau Negeri Pahang dan juga Ketua UMNO Bentong.

BERNAMA