Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kebocoran bahan kimia di kilang di Pasir Gudang terkawal: Bomba -

Kebocoran bahan kimia di kilang di Pasir Gudang terkawal: Bomba

SEBUAH kilang dikesan berlaku kebocoran bahan kimia jenis “Styrene Monomer” di Jalan Pekeliling, Pasir Gudang, petang tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Penolong Penguasa Bomba Sarhan Akmal Mohamad, berkata operasi tersebut melibatkan enam anggota dari BBP Pasir Gudang dan lapan anggota Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) BBP Larkin.

Beliau berkata, BBP Pasir Gudang menerima maklumat berhubung pencemaran bau di kawasan tersebut pada jam 5.21 petang.

“Hasil pemeriksaan mendapati berlaku kebocoran bahan kimia pada injap saluran bahan kimia di kilang itu,” katanya, dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata kilang terbabit yang mempunyai Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) memerlukan bantuan Hazmat untuk menutup injap saluran tersebut dan tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

Katanya, setakat ini, keadaan di lokasi kejadian terkawal dan tiada laporan atau aduan diterima daripada orang awam, sama ada mengalami gejala pening dan sebagainya akibat kejadian itu.

Beliau turut menasihati orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian itu yang tular di media sosial kerana boleh menggugat ketenteraman awam serta menimbulkan kerisauan kepada penduduk setempat. – Bernama