Difitnah PATI, Dd Chronicle lapor polis

0
288

SEORANG pempengaruh media sosial yang menyatakan sokongan terbuka kepada Perikatan Nasional (PN) akan membuat laporan polis setelah mendakwa difitnah, dipercayai laskar siber PH-BN.

DD Chronicle atau nama sebenarnya, Didi Sulaiman bin Rae, 43 dikenali apabila lagu-lagu parodi kreatif ciptaannya mendapat reaksi luar biasa dari warga maya.

Kini, ‘Cybertroopers’ PH-BN memainkan isu fitnah kononnya Dd Chronicle merupakan seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) yang memperolehi kad pengenalan berwarna biru secara haram.

Nekad menangkis fitnah, beliau bakal membuat laporan polis terhadap tuduhan berniat jahat tersebut.

“Ini nama aku, Didi Sulaiman bin Rae, Kampung Paya Jaras Hilir, Sungai Buloh Selangor … nombor IC tak boleh tunjuk

“Aku dah tunjuk IC aku, dah buktikan. Aku akan jalankan tindakan undang-undang terhadap beberapa individu yang dipercayai memulakan fitnah ini,” katanya dalam siaran langsung di TikTok sambil menunjukkan kad pengenalan berwarna biru.

Difahamkan, beberapa individu lain yang turut difitnah dalam isu skim insurans INSAN bakal mengiringi pempengaruh itu sebagai tanda solidariti. -SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here