Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Permohonan Irwan Serigar, Arul Kanda batal saman 1MDB ditolak -

Permohonan Irwan Serigar, Arul Kanda batal saman 1MDB ditolak

MAHKAMAH Tinggi di sini pada Rabu menolak permohonan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy untuk membatalkan saman oleh 1MDB.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan memutuskan demikian selepas mendapati, dakwaan penipuan dan konspirasi sebagai mana dinyatakan dalam tuntutan saman tidak boleh diputuskan melalui jalan mudah.

Ketika membacakan keputusannya, Raja Ahmad Mohzanuddin berkata, di peringkat ini tuntutan saman yang dipohon tidak sesuai untuk dibatalkan sebaliknya perlu diputuskan melalui perbicaraan penuh dengan keterangan saksi-saksi.

Menurutnya, perbicaraan penuh perlu dilakukan supaya fakta dakwaan semua pihak yang terlibat dalam tuntutan ini dapat didengar.

“Ia tidak boleh diputuskan melalui adidavit dan ia bukan kes yang boleh dibatalkan secara terus.

“Oleh itu, saya mengekalkan status quo dan kes saman ini akan diputuskan melalui perbicaraan penuh,” katanya selain menetapkan 14 September depan untuk pengurusan kes berkenaan.

Pada Mei 2021, 1MDB memfailkan saman terhadap Mohd Irwan dan Arul Kanda dengan mendakwa mereka melakukan pecah amanah dan konspirasi sehingga menyebabkan 1MDB mengalami kerugian berjumlah AS$1.83 bilion lapor Sinar Harian.

Ia ialah berhubung pelaburan dalam 1MDB-Petrosaudi Ltd yang ditukar kepada pelaburan Brazen Sky Limited (Brazen Sky), yang dikatakan terdapat dalam Bridge Global Fund.

Akan menyusul