Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Nahas Elmina: Kotak hitam perakam suara kokpit berjaya dibuka, pasukan Singapura turut bantu -

Nahas Elmina: Kotak hitam perakam suara kokpit berjaya dibuka, pasukan Singapura turut bantu

PASUKAN siasatan kemalangan udara Singapura sedang membantu mengesan data dalam kotak perakam suara kokpit (CVR) pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam, Khamis lepas.

Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata, pasukan Biro Siasatan Keselamatan Pengangkutan (TSIB) Singapura berjaya mengeluarkan “memory puck” dalam kotak perakam pesawat tersebut Sabtu lepas.

Beliau berkata, “memory puck” itu masih dalam keadaan baik meskipun kotak perakam rosak teruk.

“’Memory puck’ tersebut dikeluarkan daripada kotak perakam dan didapati bahawa masih dalam keadaan baik,” katanya pada sidang media Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengangkutan.

Loke berkata, Biro Keselamatan Kemalangan Udara (BSKU) dan pasukan TSIB berdepan kesukaran mendapatkan data daripada kotak perakam susulan tiada peralatan yang lengkap, selain kotak perakam rosak teruk.

Susulan itu, katanya, “memory puck” itu dibawa ke Singapura pada malam Ahad untuk mendapatkan semula rakaman suara 30 minit sebelum pesawat terhempas.

“Kita mendapat tawaran bantuan teknikal daripada pihak Singapura. Pakar mereka datang ke Malaysia pada Jumaat dan keesokannya berjaya membuka CVR serta mengeluarkan komponen ‘memory puck’,

“Tetapi kita tiada peralatan untuk mendapatkan data dalam ‘memory puck’ itu, (lalu) ia dihantar ke Singapura semalam,” tambahnya, lapor FMT.

Mengulas lanjut, Loke berkata, pegawai BSKU yang mengetuai siasatan nahas terbabit, Brig Jen Tan Chee Kee daripada angkatan tentera udara, masih berada di Singapura bersama pakar lain untuk mendapatkan data rakaman suara berkenaan.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat memberikan jangka masa yang tepat proses itu dapat selesai, susulan beberapa masalah teknikal.

Khamis lepas, sebuah pesawat persendirian terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, mengorbankan 10 orang, termasuk Exco Pahang Johari Harun serta dua orang awam yang kebetulan melalui kawasan nahas.

Pesawat yang dalam perjalanan dari Langkawi ke lapangan terbang di Subang itu terhempas dua minit selepas mendapat kebenaran mendarat.