PUSAT Menara Kawalan, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) tidak menerima sebarang makluman pesawat persendirian ringan jenis Beechcraft 390 (Premier 1) menghadapi masalah sebelum dikesan terhempas di Elmina, Seksyen U16, dekat sini pada Khamis.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pesawat berkenaan sudah diberi kebenaran untuk mendarat pada jam 2.40 petang.
“Bagaimanapun komunikasi antara pesawat dan menara kawalan dilaporkan terputus sebelum dikesan terhempas di Elmina, berhampiran susur keluar ke Lebuhraya Guthrie.
“Pesawat disahkan terhempas dua minit sebelum mendarat sekitar jam 2.38 petang,” katanya pada sidang akhbar di lokasi kejadian.
Beliau berkata, pada masa ini siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak berkaitan mengenai perkara itu.
“Apa yang saya dapat sahkan bahawa tiada sebarang panggilan kecemasan dibuat,” katanya lapor Sinar Harian.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.