Pesawat ringan terhempas, juruterbang, penumpang dan penunggang motosikal maut

0
222

SEORANG penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah pesawat ringan yang dipercayai terhempas di laluan masuk ke kawasan kediaman Elmina di Seksyen U16, di sini, tadi.

Juruterbang dan penumpangnya turut dipercayai maut dalam kejadian itu.

Difahamkan model pesawat itu dipercayai Fouga CM-170 Magister dan kejadian berlaku tidak jauh daripada landasan Lapangan Terbang Subang.

Video dan gambar pesawat yang terbakar sudah tersebar di media sosial sejak 3.10 petang tadi.

Satu sidang media akan diadakan oleh Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim petang ini lapor Harian Metro.

Berita lanjut menyusul

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here