Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Struktur bumbung premis lima tingkat runtuh, beberapa kenderaan rosak - Bomba -

Struktur bumbung premis lima tingkat runtuh, beberapa kenderaan rosak – Bomba

BEBERAPA kenderaan mengalami kerosakan teruk susulan sebahagian struktur bumbung di sebuah premis lima tingkat di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur, runtuh malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur ketika dihubungi, berkata kejadian yang berlaku pada kira-kira 10.30 malam itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Sementara itu, Ketua Polis Brickfields, Amihizam Abdul Shukor, berkata pihak bomba telah melakukan pemeriksaan di setiap tingkat dan mengesahkan tiada mangsa terlibat.

“Buat masa ini, polis dan pihak bomba terpaksa menutup premis berkenaan sebagai langkah keselamatan daripada sebarang aktiviti sehingga ia disahkan selamat.

“Punca kejadian runtuh itu juga sedang disiasat pihak bomba,” katanya ketika dihubungi tengah malam tadi.

Terdahulu, kejadian berkenaan dirakam penduduk berhampiran sebelum ia tular di Facebook. -BERNAMA