Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
2 lelaki maut, seorang cedera Mercedes-Benz rempuh belakang lori -

2 lelaki maut, seorang cedera Mercedes-Benz rempuh belakang lori

Oleh WARTAWAN SATU BERITA

DUA lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas sebuah kereta jenis Mercedes-Benz merempuh belakang sebuah lori lima tan dalam kejadian di Jalan Song Bang Keng, Taman Sri Rambai, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, awal pagi tadi.

Mereka yang maut dikenal pasti sebagai Lim Jeng Yee, 33, dan Ong Zhong Xiang, 26, manakala Lim Chun Hung, 23, dilaporkan cedera.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) negeri, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 3.07 pagi tadi sebelum tiba di lokasi beberapa minit kemudian.

Ketika tiba di lokasi kejadian, katanya, didapati mangsa iaitu pemandu dan dua penumpang di dalam kereta jenis Mercedes-Benz telah tersepit manakala pemandu lori berada dalam keadaan selamat.

“Anggota bomba bertindak menjalankan kerja-kerja menyelamat dengan menggunakan peralatan khas.

“Mangsa telah berjaya dikeluarkan pukul 4.10 pagi dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya kepada pemberita hari ini.

Tambahnya, kerja-kerja menyelamat oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perda itu tamat sepenuhnya kira-kira pukul 4.20 pagi. – SB