Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PN kecewa peratusan keluar undi rendah -

PN kecewa peratusan keluar undi rendah

TIMBALAN Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meluahkan kekecewaan atas peratusan keluar mengundi yang rendah, namun optimis Perikatan Nasional (PN) mampu mencipta kejutan pada PRN enam negeri.

“Kita mencatatkan beberapa keputusan baik di Terengganu, Kelantan dan Kedah,” katanya di lokasi perhimpunan kepimpinan PN pusat.

“Rakan kita (yang bertanding) di kerusi getir sebelum ini juga dah berjaya. Kita gembira untuk mereka,” katanya tanpa mengulas lanjut.

Menurut kemas kini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat 4 petang tadi, Terengganu merekodkan peratusan keluar mengundi 70%, diikuti Kedah (68%); Pulau Pinang (67%); Selangor (65%); Negeri Sembilan (62%); dan Kelantan (56%).

Bagaimanapun, Ahmad Faizal berkata, masih terlalu awal untuk mengatakan gabungan mana yang mendahului di mana-mana negeri.

“Terlalu awal untuk dikatakan (menang atau tidak), tetapi kita masih optimis.

“Cumanya kita nak tengok keputusan di Selangor dan Negeri Sembilan,” kata pengerusi PN Negeri Sembilan itu,” katanya lapor FMT.